NICOSIA 28 Julai - Pasukan keselamatan Syria menembak mati sekurang-kurangnya 11 orang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam serbuan 'balas dendam' di bandar Kanaker berhampiran Damsyik hari ini.
Menurut Ketua Pertubuhan Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia, Ammar Qurabi, pasukan keselamatan memasuki rumah-rumah pada waktu subuh dan menembak 11 orang dan lebih 250 orang ditangkap.
"Operasi yang dilakukan di bandar Kanaker yang mempunyai 25,000 penduduk itu menggunakan jentolak dan kereta kebal tentera. Sasaran mereka adalah penduduk yang berumur 15 hingga 40 tahun. - AFP
0 comments:
Post a Comment