![]() |
| Pasukan bomba dan menyelamat mengangkat mayat seorang wanita yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Chittagong untuk dihantar ke hospital Chittagong, semalam. - AP |
DHAKA 1 Julai - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tenggara Bangladesh hari ini ekoran hujan lebat.
Menurut polis dan saksi, sekurang-kurangnya 17 orang yang lain tertimbus ekoran kejadian itu di kawasan perumahan di bandar Chittagong, kira-kira 300 kilometer ke tenggara Dhaka.
Pegawai bomba dan pertahanan awam berkata, 12 mayat telah dijumpai dan usaha mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.
Menurut seorang pegawai, hujan selama tiga hari berturut-turut telah menyebabkan tanah runtuh dan pasukan tentera telah dipanggil untuk membantu operasi menyelamat.
Pada Jun 2007, sekurang-kurangnya 121 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Chittagong. - dpa

0 comments:
Post a Comment