Pengumuman mengenai kematian Younes dibuat Pengerusi Majlis Pemberontak Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil, awal hari ini.
“Orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini sudah ditangkap," kata Abdel Jalil yang enggan mengulas lanjut..
Younes dilaporkan ditembak mati oleh sekumpulan bersenjata ketika dia dalam perjalanan ke Benghazi selepas dipanggil untuk menjelaskan kedudukan ketenteraan di barisan hadapan.
Kumpulan pemberontak mengumumkan tiga hari berkabung bagi memperingati pemergian Younes. - AFP
Sumber
0 comments:
Post a Comment