Friday, July 1, 2011

LIBYA - Pemerintah Berbincang dengan Pejuang

PARIS: Anak perempuan Muammar Gaddafi berkata rejim pemerintahan ayahnya kini mempunyai 'hubungan langsung atau tidak langsung' dengan kumpulan pemberontak Libya.

Perkara itu didedahkan Aisha Gaddafi dalam satu temubual dengan Stesen 2 televisyen Perancis, di Tripoli, semalam.
“Ketika ini terdapat perbincangan langsung dan tidak langsung. Kami berhasrat untuk menamatkan pertumpahan darah di kalangan rakyat Libya dan kami bersedia untuk berbincang," kata Aisha yang berusia 35 tahun.
Beliau menegaskan bahawa konflik yang masih berterusan di negaranya itu menguatkan lagi keluarganya dan menafikan laporan bahawa keluarga presiden itu sudah berpecah-belah.


Bagaimanapun beliau enggan memberi ulasan mengenai soalan sama ada ayahnya bersedia menyerahkan kuasa dan berkata, ayahnya tetap seorang tokoh penting di kalangan rakyat Libya.

“Di mana anda mahi di pergi? Di sini adalah negaranya, tanah tumpahnya dan rakyatnya..di mana dia hendak pergi?
"Satu perkara yang anda tidak faham bahawa ayah saya adalah simbol...dia pemimpin," katanya.

Sebelum ini kumpulan pemberontak pernah mengesahkan pihaknya mempunyai hubungan terus dengan rejim berkenaan. - AFP

sumber

0 comments: