Mursyid 'Am Jemaah Ikhwanul Muslimin Mohamed Badie, menyerukan kepada rakyat Mesir untuk mendukung Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata tetap berkuasa, dan menghargai perannya dalam melindungi revolusi, ujarnya.
"Di negara-negara tetangga, tentera membunuh rakyat mereka sendiri," kata Badie di sebuah konferensi di Sharqiya, kota timur laut Kaherah, Selasa.
Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) memberikan pernyataan di televisyen yang mengecam adanya gerakan-gerakan yang berusaha untuk merebut kekuasaan.
Sementara itu, kelompok kiri yang sebahagian besar kalangan muda Mesir, menyerukan revolusi , dan menuntut pembentukan sebuah dewan presiden awam untuk menggantikan SCAF. Kalangan muda Mesir, sebahagian menganggapnya dewan militer merupakan sebahagian dari rejim Presiden Hosni Mubarak.
Badie juga mengatakan orang tidak perlu takut pembentukan sistem Islam kerana Islam menganjurkan pembentukan negara awam. Dia mengkritik seruan menyusun konstitusi baru sebelum pemilihan. "Ini akan menyebabkan militer untuk tetap berkuasa lebih lama", ujar Badie.
Islam menjamin kebebasan untuk semua orang dan memberi perlindungan hak-hak manusia, terlepas dari agama mereka, tambah Badie. Islam berusaha dan menciptakan idea-idea baru dan mengajak masyarakat bersikap positif, kerana itu membantu mencapai kemajuan, tambahnya.
Ini sebuah dukungan terbuka oleh pemimpin tertinggi Jemaah Ikhwanul Muslim kepada militer Mesir, yang sekarang berkuasa, dan mengarahkan tranfiormasi politik di negeri Spinx itu. (mh/may)
0 comments:
Post a Comment