Laporan terbaru yang datang dari Mesir menunjukkan bahawa mantan diktator yang digulingkan Hosni Mubarak menderita sakit jantung dan berada dalam keadaan serius.
Paramedik mengatakan pada Isnin (11/7) bahawa mereka menghidupkan jantung Mubarak dengan menggunakan kejutan elektrik.
Beberapa laporan media mengatakan Mubarak dalam keadaan kritikal dan tidak dapat bernafas normal.
"Mubarak telah menderita kegagalan fungsi jantung, yang kemudian menyebabkan dia tidak dapat bernafas secara normal," kata akhbar Mesir al-Ahram mengutip pernyataan seorang wartawan veteran.
Namun laporan rasmi terkait keadaan sebenar Mubarak belum disahkani.
0 comments:
Post a Comment