KAHERAH 29 Julai - Perbicaraan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak di atas dakwaan membunuh pada 3 Ogos ini akan diadakan di Kaherah, lapor agensi berita MENA memetik pegawai Kementerian Kehakiman semalam.
“Mubarak dan dua anaknya, Alaa dan Gamal akan dibicarakan di bangunan Pihak Berkuasa Am Pelaburan dan Perdagangan Bebas di kawasan Ekspo Kaherah,’’ kata pegawai itu.
Mubarak yang digulingkan pada Februari lalu dalam pemberontakan rakyat kini ditahan di hospital Sharm el-Sheikh bagi membolehkannya menerima rawatan untuk penyakit jantungnya. - AFP
0 comments:
Post a Comment