Wednesday, July 6, 2011

MESIR - Puak Sekular Mahu Batalkan Revolusi

Empat belas parti politik dan gerakan kaum sekular mengumumkan rancangan mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi Tahrir Square pada hari Jumaat, 8 Julai mendatang. Mereka menuntut keadilan sosial, keamanan dan pembersihan sisa-sisa pegawai rejim digulingkan mantan Presiden Hosni Mubarak.

Dalam pernyataan bersama pada hari Selasa, kelompok sekular mendakwa bahwa tuntutan revolusi belum terpenuhi. Kerana lambatnya ditegakkan keadilan, belum adanya keamanan dan tidak jelasnya mengenai masa depan politik dan ekonomi Mesir.

Mereka meminta Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata untuk mewujudkan keadilan sosial dalam anggaran negara baru, menetapkan upah minimum yang lebih tinggi, mengeluarkan undang-undang baru pada kebebasan berserikat, kompensasi keluarga para syuhada dalam aksi revolusioner, dan memulangkan semua wang yang telah dibawa lari ke luar negeri oleh Mubarak dan keluarganya.

Sementara itu, parti-parti Islam mengumumkan bahawa mereka akan memboikot demonstrasi. "Tujuan kelompok sekular ingin membatalkan hasil-hasil revolusi ," kata jurucakap Jemaah al-Islamiyah Tarek Zomor.

"Kami digunakan untuk menyerukan negara awam dengan referensi agama," kata Ahmed Helayel, anggota Uni Internasional Cendekiawan Al-Azhar. "Sekarang kita akan menyerukan sebuah negara yang benar-benar Islam.", ujarnya.

sumber

0 comments: