Wednesday, July 6, 2011

PALESTIN - 2 Terbunuh, 1 Cedera

GAZA – Sumber medik Palestin di Jalur Gaza melaporkan pada Selasa (5/7/2011) malam bahawa dua penduduk Palestin terbunuh dan seorang terluka setelah militer Zionis mengebom desa Al Masdar di pusat Gaza.

Dua korban dikenali sebagai Mohammad Sa’id Abu Jazar dan Kamal Hamdan Abu Moammar.

Adham Abu Salmiya, jurucakap komite medik dan darurat di Gaza mengatakan medik memindahkan jenazah dan seorang mangsa cedera ke Hospital Al Aqsa di Deir Al Balah.

Sedangkan jurucakapmiliter Zionis mendakwa bahawa serangan terjadi ketika mortar ditembakkan oleh pejuang Palestin ke wilayah “Israel”. (haninmazaya/arrahmah.com)

sumber

0 comments: