Monday, July 18, 2011

PALESTIN - 7 Cedera Dalam Serangan Kereta Kebal


JALUR GAZA (Arrahmah.com) – Tujuh orang cedera dalam serangan kereta kebal Zionis Israel di Jalur Gaza, pada hari kelima serangan berturut-turut Israel di wilayah Palestin.

Empat kanak-kanak termasuk antara mangsa cedera setelah kereta kebal Israel menembak Gaza pada pagi Minggu (17/7/2011).

Tel Aviv membenarkan serangan terhadap Gaza dengan mengatakan hal tersebut merupakan langkah-langkah pertahanan Israel dalam menanggapi roket yang ditembakkan ke kota-kota selatan Israel dari Jalur Gaza.

Namun, Hamas mengatakan bahawa Israel hanya membuat-buat alasan untuk menyerang wilayah yang disekatnya itu.

Pada hari Sabtu (16/7), pasukan penyelamat menemukan mayat seorang pemuda Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel di sebuah terowongan antara kota Rafah selatan dan Mesir.

sumber

0 comments: