“Tentera laut Israel sudah menaiki kapal itu,” kata seorang jurucakap tentera dengan mengatakan operasi untuk menaiki MV Dignite/Al Karama dilakukan secara aman dan kapal itu ditunda menuju ke pelabuhan Ashdod Israel.
Israel sudah berazam untuk menyekat mana-mana kapal daripada sampai ke Gaza menggunakan jalan laut sebagai membantah sekatan perairannya yang kali pertama dikenakan pada 2006 selepas militan di sana menculik seorang askar Yahudi, Gilad Shalit.
“Selepas semua saluran diplomatik tidak berjaya dan gesaan berterusan terhadap kapal diabaikan, tentera laut IDF menaiki Al Karama dalam usaha menghalangnya daripada melanggar sekatan keselamatan marin ke atas Semenanjung Gaza,” menurut kenyataan tentera.
Tentera laut Israel mula mendekati kapal berkenaan kira-kira lima jam sebelum itu dan memulakan dialog dengan aktivis terbabit yang menegaskan mereka meneruskan hasrat ke Gaza.
“Selepas memberitahu keengganan mereka menuju ke pelabuhan Ashdod, tanpa ragu-ragu kami menaiki kapal dan mengemudinya ke sana,” kata tentera Israel.
“Tentera beroperasi sejajar dengan prosedur dan mengambil setiap langkah berjaga-jaga yang perlu bagi mengelak menyebabkan kecederaan terhadap aktivis di dalamnya sambil memastikan keselamatan tentera.”
“Kapal layar dengan bendera Perancis itu kali pertama didekati di perairan antarabangsa oleh sekurang-kurangnya tiga bot tentera laut Israel jam 0630 GMT ketika ia berada 40 batu nautika dari Gaza,” kata penganjur.
Sejurus selepas itu, semua komunikasi diputuskan, kata penganjur dalam satu kenyataan menggesa Kerajaan Perancis ‘mengambil tanggungjawab dan melindungi penumpang, selain menggesa Israel supaya tidak melakukan keganasan’. – AFP
sumber
0 comments:
Post a Comment