Friday, July 1, 2011

PALESTIN - Flotila Tetap Akan ke Gaza

Seorang aktivis mengatakan kapal berbendera AS yang merupakan sebahagian dari armada Kebebasan II pro-Palestin yang merancang untuk mematahkan sekatan laut Israel di Gaza, akan berlayar dari pelabuhan Greece tanpa pelru mendapat keizinan rasmi.

Aktivis Amerika Ann Wright mengulangi tuduhannya bahawa Israel Khamis lalu (30/6) telah menekan pemerintah Greece untuk menghalangi 42 penumpang dan awak dari kapal Amerika Audacity of Hope untuk meninggalkan pelabuhan di dekat Athen.

Tapi dia tidak mengatakan berapa lama para aktivis akan menunggu agar semuanya menjadi jelas sebelum kapal feri Audacity of Hope sepanjang 33 meter memulai perjalanannya menuju laut Gaza.

Antara 300 dan 400 aktivis antarabangsa dengan 10 kapal telah berlayar minggu ini ke Gaza untuk mencuba mematahkan sekatan laut Israel di wilayah yang diperintah oleh Hamas.(fq/ap)

sumber

0 comments: