Friday, July 15, 2011

PALESTIN - Israel Denda Kanak2 Palestin AS$ 900,000

Penguasa haram pendudukan Israel telah mengenakan denda sebesar 900,000 dollar kepada kanak-kanak Palestin Jerusalem di Silwan kerana melempari kenderaan Israel dan pemukim sepanjang sepuluh bulan terakhir.

Fakhri Abu Diab, seorang anggota komite untuk pertahanan perumahan Palestin di Silwan, mengatakan dalam sidang media pada hari Rabu lalu bahawa pengadilan Israel memeras penduduk Silwan dengan memberlakukan denda berat terhadap anak-anak mereka, kerana mereka tahu keluarga kanak-kanak tersebut akan dipaksa untuk membayar denda agar dapatmembebaskan anak-anak mereka.

Dia mengatakan bahawa banyak warga Palestin di Jerusalem akhirnya terlilit dalam hutang untuk mendapatkan wang agar anak-anak mereka dibebaskan dari penjara.

Abu Diab mengatakan wang dalam jumlah besar tersebut digunakan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang ditahan Israel.(fq/pic)

sumber

0 comments: