Thursday, July 7, 2011

PALESTIN - Masalah Pencalonan PM



Ekslusif-PIP: Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq menuntut gerakan Fatah untuk menentukan pilihan nama Perdana Menteri melalui consensus dalam rangkai mengatasi hambatan yang memberikan kesan bahawa rekonsiliasi mengalami kegagalan. Ia menegaskan bahawa langkah yang mesti dilakukan adalah pertemua dua delegasi untuk bersepakat tentang calon PM Palestin.

Dalam wawancara ekslusif dengan Pusat Informasi Palestin, Rabu (6/7) pagi, Abu Marzuq menyatakan tentang kenyataan Abbas mengenai Fayyad, bahawa Abbas sepatutnya menetapkan calon PM melalui consensus, sementara nama Fayyad tidak termasuk yang diusulkan, kami berharap persoalan ini tidak bergulir seperti ini.

Mengenai kemungkinan merealisir sejumlah persoalan rekonsiliasi lainnya, Tokoh Palestin ini menegaskan Hamas mengusulkan supaya persoalan rekonsiliasi dibahas di satu masa yang akan menyelesaikan semua persoalan rekonsiliasi secara berimbang.

Abu Marzuk menyatakan bahawa persoalan PM mesti segera diatasi supaya dapat beralih kepada persoalan lainnya yang tidak sederhana.


sumber

0 comments: