Tuesday, July 5, 2011

PALESTIN - Wanita Dilanggar Pemukim Yahudi

Seorang pemukim Yahudi melanggar wanita Palestin dengan kenderaannya di Hawara sebelah tenggara kota Nablus di utara Tebing Barat, penduduk setempat melaporkan.

Wanita Palestin yang dilanggar itu menderita luka dan patah tulang dan ditinggalkan begitu saja dalam keadaan parah, kata sumber tersebut.

Wanita Palestin, berusia empat puluhan, dilanggar di jalan utama di Hawara. Pemandu yang merupakan pemukim Yahudi mencuba melarikan diri, namun penduduk desa di sana berhasil menangkapnya.

Wanita Palestin yang dilanggar tersebut telah dibawa ke hospital bedah Rafidia di mana dia akan dirawat kerana cedera di seluruh tubuhnya.

sumber

0 comments: