Thursday, July 28, 2011

Perlis Undang Uthman El-Muhammady

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya hari ini mengeluarkan undangan rasmi kepada penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

NONEMenurut mufti negeri Dr Juanda Jaya (kiri), undangan rasmi bertulis dihantar kepada felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) itu setelah diputuskan anggota jawatankuasanya semalam.

"Kita harap majlis itu dapat diadakan pada bulan puasa ini supaya kurang sedikit unsur syaitannya. Jika tuduhan itu tidak benar, ia dianggap memecahbelahkan orang ramai, mengikut perangai syaitan dan mengancam negara," katanya.

Dalam tradisi Islam, Ramadan dikatakan bulan berkat kerana syaitan dikatakan 'terikat' pada siang hari ketika umat Islam berpuasa.

Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno antara yang dikaitkan dengan fahaman itu.

NONEDikatakan juga taklimat itu juga mendakwa Arab Saudi sebagai dalang di sebalik jaringan itu.

Bagaimanapun, semalam, Dr Juanda mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar" dalam majlis di mana Dr Uthman terlibat sebagai seorang pembentang kepada mufti dan wakil majlis agama Islam negeri yang hadir.

Libatkan haji ke Mekah

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Juanda berkata, Dr Uthman boleh memilih tarikh di mana beliau mempunyai kelapangan untuk membentangkan semula idea-ideanya kepada anggota jawatankuasa fatwa negeri dan ahli akademik yang akan dijemput.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammady"Majlis ini juga terbuka kepada orang awam dan pihak media supaya setiap pihak dapat menilainya," kata Dr Juanda yang juga felo pelawat di Universiti Oxford.

Menurut Dr Juanda, Dr Uthman perlu membuat penjelasan itu kerana implikasi dakwaan dalam taklimat itu melibatkan amalan penting umat Islam seperti mengerjakan umrah dan haji umat Islam di Mekah - wilayah yang ditadbir Arab Saudi.

"Menjelang Ramadan juga, ramai iman daripada Mekah dijemput mengimani solat Tarawikh di negara ini, kita bimbang amalam mereka tidak sah pula nanti," katanya.

Arab Saudi merupakan negara yang paling dikaitkan dengan fahaman Wahabisme, terutamanya oleh golongan Orientalis. Di Malaysia pula, Perlis satu-satunya negeri yang dikaitkan dengan amalan itu walaupun pemimpin dan ulamanya sering menafikannya.

azlanUsaha Malaysiakini mendapat komen Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Dr Uthman merupakan tokoh maal hijrah kebangsaan pada tahun 2005. Pemegang ijazah doktor persuratan kehormat (D Litt) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu terkenal kerana kajiannya dalam bidang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

sumber

1 comment:

Ustaz Syed Hasan Alatas said...

Banyak persamaan sesama ummat Islam, semua kita mempunyai Tuhan yang Maha Esa yaitu Allah SWT. Kita semua mempunyai Kiblat yang satu yaitu Ka'bah di Makkatul Mukarramah. Kita memiliki Nabi dan Rasul yang satu,yaitu Nabi Mohammad s.a.w. Kita memiliki kitab suci yang satu, yaitu al-Quranul karim.Islam menggalakkan kita berkasih sayang sesama saudara Islam, kita disuruh tolong menolong, jangan suka benci membenci, oleh itu kembangkanlah segala persamaan itu, jika nak juga membahas masaalah khilafiah bahaslah secara baik, berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Tinggalkanlah segala hal yang boleh memecah belah ummat Islam.