Saturday, July 9, 2011

Salahuddin dan Mahfuz Ditahan Polis

12.40pm: Menurut facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

sumber

0 comments: