ANKARA 28 Julai - Tiga cedera apabila terpaksa melompat keluar dari bangunan dalam keadaan panik selepas gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter melanda tengah Turki, lapor agensi berita Anatolia.
Menurut pegawai tempatan, berdasarkan Pusat Pemerhatian Kandilli yang berpengkalan di Istanbul, pusat gegaran adalah di daerah Ilgin di dalam Wilayah Konya.
Namun, kecederaan yang dialami mangsa tidak mengancam nyawa, kata Pentadbir Kanan Tempatan, Recep Kosal. - AFP
0 comments:
Post a Comment