Presiden Tunisia yang digulingkan Zine Al Abidine Ben Ali dijatuhi hukuman penjara yang lain dengan tuntutan 15 tahun penjara pada Isnin lalu kerana tuduhan memiliki senjata, obat-obatan dan artifak arkeologi.
Dalam persidangan yang kedua, Ben Ali, yang melarikan diri ke Arab Saudi setelah pemberontakan rakyatnya bulan Januari, didenda 54,000 Euro ($ 78.500).
Mantan orang kuat Tunisia itu dan isterinya Leila Trabelsi telah dijatuhi hukuman tanpa kehadiran mereka bulan lalu dengan tuntutan 35 tahun penjara kerana menggelapkan dana awam setelah sejumlah besar wang tunai dan perhiasan ditemukan oleh polis di istana mereka.
Persidangan Isnini lalu sebenarnya dijadualkan minggu lalu tetapi ditunda erana pemogokan hakim. Sidang itu berlangsung tanpa dihadiri pasangan itu.
Dalam perkembangan penyelidikan, Ben Ali dituduh menyembunyikan dadah dan senjata di istananya di lingkungan Carthage Tunis utara. Dia juga menghadapi tuduhan perdagangan dadah.
Pengacaranya Hosni Beji mengatakan tuduhan itu "irasional."
"Bagaimana kita boleh membayangkan bahawa presiden memiliki dua kilogram ganja dengan kualiti biasa-biasa saja dan (dengan niat) untuk menjualnya," katanya kepada AFP dengan nada menyindir. (sa/aby)
0 comments:
Post a Comment