NICOSIA 6 Ogos - Pihak keselamatan Syria menembak mati sekurang-kurangnya 10 penunjuk perasaan dalam usaha meleraikan demonstrasi yang diadakan dekat Damsyik dan tengah bandar Homs.
"Tujuh orang terbunuh di Irbin, seorang di Maadamiya, dan dua di Homs," kata ketua pemerhati hak asasi manusia, Rami Abdel Rahman.
Sementara itu, agensi berita SANA melaporkan dua anggota keselamatan terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam serangan hendap di sebatang jalan di wilayah Idlib di barat laut Syria, dekat sempadan Turki. - AFP
0 comments:
Post a Comment