Tuesday, August 9, 2011

BAHRAIN panggil pulang duta di SYRIA

DUBAI 9 Ogos – Selepas Arab Saudi dan Kuwait memanggil pulang dutanya dari Syria, Bahrain pula menyusul sebagai tanda protes terhadap keganasan di negara itu.

“Bahrain memanggil pulang dutanya di Syria bagi mengadakan rundingan berhubung pergolakan di negara itu yang semakin serius,” kata Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khaled bin Ahmad Al-Khalifa, semalam.

Keputusan yang diambil oleh negara-negara Teluk itu akan menambah tekanan terhadap rejim pemerintahan Presiden Bashar al-Assad. – AFP

Sumber

0 comments: