Seorang mantan tokoh penting Jemaah Al-Ikhwan Al-Muslimun (Ikhwan) Mesir, Khaled El-Zafarani, berinisiatif untuk mendirikan parti baharu dengan membawa nama dan label Parti Keadilan dan Pembangunan (Hizb al-Adalah wa al-Tanmiyah) ala AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) Turki.
Sejak tahun 2005 silam, El-Zafarani, tokoh Ikhwan yang berdomisili di kota Alexandria, Mesir, pernah mengajukan ke Mahkamah Mesir untuk mendirikan sebuah parti yang membawa nama "Parti Keadilan dan Pembangunan". Namun, saat itu, Mahkamah Mesir menolak pengajuan El-Zafarani kerana El-Zafarani merupakan anggota jemaah Ikhwan.
Sebenarnya, para pemimpin-pemimpin Jemaah Ikhwan di Mesir telah membentuk parti baru bernama Partai Keadilan dan Kemerdekaan (Hizb al-Adalah wa al-Hurriyyah).
0 comments:
Post a Comment