Pasukan pendudukan Israel (IOF) pada Jumaat pagi (19/8) telah mengumumkan bahawa sepuluh warga Israel cedera akibat roket yang jatuh di kota Asdod di wilayah pendudukan 1948.
Media Israel mengatakan sebuah roket menghentam sebuah bangunan di Asdod melukai sepuluh orang, salah satu dari mereka mengalami kecederaan serius.
Radio Israel mengatakan sepuluh roket jatuh di Askalan, Bersyeba dan Keryat Gat, dengan kebanyakannya jatuh di daerah terbuka dan menyebabkan kerosakan.
Pada hari Khamis lalu, Brigade Salahuddin, sayap bersenjata Komite Perlawanan Rakyat, mengatakan bahawa mereka menembakkan dua roket di Askalan sebagai pembalasan awal untuk pembunuhan pemimpin-pemimpin mereka pada Khamis lalu oleh pasukan pendudukan
Israel.
Akhbar Yedot Ahronot, Kamis lalu, menegaskan bahawa tiga roket jatuh di Askalan tanpa mencederakan sesiapa.(fq/pic)
0 comments:
Post a Comment