Sebuah panel tingkat tinggi para pemimpin Fatah menuduh mantan orang kuat Fatah di Gaza, Muhammad Dahlan terlibat dalam meracuni pemimpin Palestin almarhum Yasser Arafat.
Afafat meninggal kerana penyakit misteri di sebuah hospital Perancis pada tahun 2004 setelah mengalami sakit singkat. Doktor menegaskan kemungkinan Arafat diracun sangat tinggi.
Panel, terdiri dari ketua kaukus parlimen Fatah Azzam al-Ahmad, wakilnya Tayyeb Abdul Rahim, serta Othman Abu Gharbiyeh dan Nabil Shaath, juga menuduh Dahlan merancang kudeta militer di Tebing Barat dan melikuidasi para pemimpin Palestin.
Menurut laporan panel, surat sudah dikirim ke duta besar Palestin di seluruh dunia memerintahkan mereka untuk menahan diri dari berurusan dengan Dahlan. Interpol juga telah diminta untuk menangkap Dahlan.
Dahlan dipecat dari Fatah baru-baru ini, selepas dia merancang kudeta terhadap Pemerintah Palestina (PA) Presiden Mahmoud Abbas.
Minggu lalu, pasukan keamanan PA menggeledah rumah Dahlan di Ramallah, menyita senjata dan menangkap pengawalnya.
Menurut laporan itu, Dahlan rasmi didakwa dengan membawa ubat-ubatan beracun ke rumah Arafat di Ramallah.
"Ketika Arafat dirawat di Paris, Dahlan bertemu seorang pegawai pengawal Presiden di Ramallah, dan menyuruhnya untuk membakar semua ubat-ubatan milik Arafat."
Dahlan juga diinterogasi sehubungan dengan implikasi yang dituduhkan dalam perbuatan pembunuhan beberapa tokoh politik, media dan tokoh perniagaan Palestin, termasuk Kamal Midhat, Hussein Abu Ajwa dan Hesham Makki. Yang terakhir adalah ketua Radio dan televisyen Palestin.(fq/pic)
0 comments:
Post a Comment