Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman pada hari Ahad (7/8) mendakwa bahawa Palestin merancang melakukan "pertumpahan darah" pada bulan September dalam usaha mereka mendorong pengakuan PBB terhadap sebuah negara merdeka Palestin.
"Jelas bahawa Pihak Berkuasa Palestin sedang mempersiapkan pertumpahan darah dan kekerasan seperti yang belum pernah kita lihat," kata Lieberman kepada wartawan pada briefing di Knesset, parlimen Israel.
Menteri luar negeri garis keras ini tidak memberikan bukti untuk mendukung dakwaannya, tapi menegaskan Palestin dapat mengadakan mogok bertepatan dengan sidang Majlis Umum PBB pada bulan September.
0 comments:
Post a Comment