Sunday, August 7, 2011

PALESTIN - Israel Serbu Al-Aqsa

Pasukan penjajah Israel (IOF) menyerbu Masjid Al-Aqsa ada tengah malam Jumaat lalu dan memaksa jemaah keluar dari masjid, Quds media center mengatakan di laman web pada hari Sabtu (6/8).

Dikatakan tentera Israel mengepung masjid kemudian menerobos ke dalam masjid dan memaksa semua orang untuk dievakuasi dari tempat suci tersebut dengan alasan melanggar perintah polis Israel bahawa tidak ada jemaah muslim yang boleh tinggal di dalam masjid setelah solat terawih sampai solat subuh hari berikutnya.

Quds Media Center mencatat bahawa pihak keamanan Israel memeriksa laman suci Al-Aqsha setiap malam untuk memastikan tidak ada jemaah yang tetap tinggal di dalam masjid kemudian menutup semua gerbang kompleks masjid Al-Aqsha.(fq/pic)

sumber

0 comments: