Friday, August 5, 2011

PALESTIN: Isreal lulus bina 900 rumah baru

BAITULMAQDIS 5 Ogos - Kementerian Dalam Negeri Israel meluluskan pembinaan 900 buah rumah baru di penempatan haram Har Homa di timur Baitulmaqdis, kata jurucakap kementerian itu semalam.

Kelulusan tersebut menandakan peringkat terakhir perancangan projek tersebut yang menerima kritikan Palestin dan masyarakat antarabangsa.

Projek berkenaan akan meluaskan kawasan perumahan itu ke barat daya Baitulmaqdis di mana terletak berhampiran bandar Baitulaham, Tebing Barat yang berada dibawah pentadbiran Palestin. - AFP

Sumber

0 comments: