Wednesday, September 21, 2011

AFGHANISTAN - Burhanuddin Rabbani Terbunuh

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah di atas pemergian ke rahmatullah bekas Presiden Afghanistan, Dr Burhanuddin Rabbani semalam.

Allahyarham Dr Burhanuddin terbunuh dalam serangan di rumahnya di Kabul semalam.

"Mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan takziah.

"Secara kebetulan, saya baru sahaja bertemu dengan beliau di Tehran dua hari lalu dalam Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam yang berjalan selama dua hari di sana. Kami sempat bertanya khabar kesihatan masing masing, bertukar pandangan isu semasa mengenai kebangkitan Islam, di mana almarhum dan saya bersama-sama dengan pimpinan gerakan Islam yang lain telah menyampaikan ucap utama dalam persidangan itu," katanya.

Menurutnya, jasa Burhanuddin memimpin salah sebuah kumpulan mujahidin Afghanistan, Jamiat Islami menentang penjajahan Soviet Union di Afghanistan sekitar tahun 80-an dan 90-an tidak dapat dilupakan.

Malah Allahyarham juga pernah mengetuai kerajaan sementara mujahidin dihujung tahun 80-an dan menjadi Presiden Afghanistan pada tahun 1992 setelah berjaya menghalau Soviet Union sepenuhnya dari bumi Afghanistan.

"Kita mendoakan semoga Allah mengampunkan almarhum dan menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh," ujarnya.

sumber

0 comments: