Tuesday, September 6, 2011

IRAN - Kaum Sunni Dilarang Solat Aidil Fitri

Sebuah laporan mengungkapkan bahawa polis kota metropolitan Tehran menghalang warga Muslim Sunni untuk melakukan shoat Aidil Fitri pada 31 Ogos 2011 lalu.

Laman "SunniOnline" melaporkan Polis Tehran mengerahkan pasukannya untuk mengepung rumah-rumah tertentu di mana jemaah Sunni ingin mendirikan solat Aidl Fitri. Polis Tehran menyekat orang-orang dari memasuki pintu rumah tempat akan diselenggarakannya solat Ied.

Menurut sumber SunniOnline, komuniti muslim Sunni di Teheran telah menetapkan beberapa rumah untuk tempat melaksanakan solat Aidil Fitri di kota tersebut yang kemudian diidentifikasi oleh polis Teheran dan disekat. Pihak keamanan menahan kad pengenalan penduduk rumah penyelenggara solat Ied.

Beberapa laporan menunjukkan bahawa pegawai keamanan Tehran melarang solat warga Sunni Aidl Fitri di kota-kota lain Iran di mana warga Sunni menjadi minoriti.

Komuniti muslim Sunni Tehran tidak memiliki masjid untuk melakukan solat lima waktu, tidak ada tempat khusus bagi kaum Sunni untuk mendirikan solat Aidl Fitri mahupun solat Jumaat, sehingga memaksa mereka menyewa beberapa rumah untuk melakukan solat Ied mahupun solat Jumaat.(fq/sunnionline)

sumber

0 comments: