BENGHAZI, Libya: Muammar Gaddafi berikrar akan melawan sehingga mencapai kemenangan ketika tenteranya melancarkan serangan balas mengejut di tiga medan pertempuran semalam dan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) Libya mendapat pengiktirafan China.
Serangan balas ke atas kawasan penapisan minyak Ras Lanuf berhampiran bandar kelahiran Gaddafi, Sirte, dan di Bani Walid berhampiran Tripoli dilancarkan ketika pegawai Amerika Syarikat berkata Niger bersedia menahan seorang daripada anak lelaki Gaddafi yang menyeberangi sempadan negara itu.
“Tidak mustahil untuk menyerahkan Libya sekali lagi kepada penjajah...apa yang tinggal pada kita ialah perjuangan sehingga mencapai kemenangan dan kekalahan kepada perampas kuasa," kata Gaddafi dalam kenyataan yang dibacakan di stesen television Arrai Oruba yang berpangkalan di Syria.
Gaddafi bersembunyi sejak Tripoli jatuh ke tangan tentera pemberontak lewat bulan lalu. - AFP
sumber
0 comments:
Post a Comment