Pada Isnin malam lalu, PM Turki Erdogan tampil di televisyen mengungkapkan keinginannya yang besar untuk melakukan kunjungan ke Jalur Gaza tapi mengatakan dia tidak ingin membebani rakyat Mesir dengan kunjungannya tersebut.
Diplomasi tingkat tinggi dikatakan menjadi alasan mengapa Erdogan memutuskan untuk tidak melakukan perjalanan ke Gaza kerana langkah ini akan memasukkan Mesir dalam situasi yang semakin ketat dengan menyeberangi perbatasan Rafah selama kejatuhan diplomatik Mesir dengan Israel.
Alasan lain adalah bahawa Erdogan meminta Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk pergi bersamanya ke Gaza selama kunjungannya ke jalur Gaza bersama-sama dengan Perdana Menteri Ismail Haniyah, sumber mengatakan kepada PIC.
Sumber tersebut mengatakan Erdogan telah berbicara dengan Abbas sebelum melakukan lawatan luar negerinya baru-baru ini di negara-negara Arab dan memujuknya (Abbas) untuk pergi ke Gaza, tapi Abbas cuba mengelak di beberapa kesempatan, mengatakan bahawa ia masih sibuk di Mesir mempromosikan tawaran kenegaraan Palestin di PBB dan melakukan pertemuan dengan Liga Arab.
0 comments:
Post a Comment