Friday, September 9, 2011

PALESTIN - Armada Turki Bakal Iring Konvoi ke Gaza

Turki mengumumkan bahawa serangan Israel tahun lalu terhadap sebuah konvoi bantuan Gaza tidak akan terulang lagi kerana Ankara bermaksud untuk meluaskan kawalan dan kapal perang angkatan laut mereka di Mediteranian untuk menemani dan melindungi kapal bantuan Gaza berikutnya.

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mengatakan Khamis kelmarin (8/9) dalam sebuah wawancara dengan jaringan TV Al Jazeera bahawa Turki telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan rejim Israel secara sepihak mengeksploitasi sumber daya alam di Mediterania, Reuters melaporkan.

"Kapal perang Turki, berkuasa untuk melindungi kapal-kapal kami yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza," kata Erdogan.

Dia menambahkan, "Mulai sekarang, kami tidak akan membiarkan kapal kami diserang oleh Israel, seperti apa yang terjadi dengan armada Kebebasan."

Erdogan juga mengatakan Turki akan meningkatkan kehadiran angkatan laut mereka di timur Mediteranian untuk menentang dominasi Israel di laut.

sumber

0 comments: