Saturday, September 17, 2011

PALESTIN -Hamas dan Jihad Islam kecam Abbas


GAZA – Gerakan Islam penentang, Jihad Islam dan Hamas mengecam pidato Presiden boneka Palestia, Mahmoud Abbas tentang tawaran anggota PBB yang menyatakan bahawa berharap pembicaraan damai Israel-Palestin akan segera dimulai kembali.

Dalam sebuah wawancara dengan agen berita Ma’an, jurucakap Hamas di Tebing Barat, Fawzi Barhoum, menyatakan Abbas sedang bergerak sepihak tanpa berunding dengan faksi-faksi lain.

Dia mengatakan bahawa gerakan Hamas tidak terlibat dengan tawaran PBB itu yang mengarah untuk mengakui Israel dan meninggalkan hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

Jurucakap Hamas juga mengatakan bahawa Abbas selalu bergerak sendiri tanpa berkonsultasi dengan rakyat Palestin dan faksi-faksi politik mereka.

Sementara itu, gerakan Jihad Islam juga mengecam pidato Abbad dan mengatakan bahawa tujuan utamanya adalah untuk memastikan dimulainya kembali pembicaraan damai dengan Israel.

Juru bicara Jihad Islam, Daoud Shihab mengatakan bahwa menuju ke Dewan Keamanan (PBB) tidak akan membantu Palestina dan tidak akan memberikan apa-apa dalam perjuangan mereka.

Dalam ucapannya pada Jumaat (16/9/2011) malam, Presiden Mahmoud Abbas menekankan yang pemimpin Palestin akan pergi ke Dewan Keamanan PBB untuk menuntut keanggotaan penuh di PBB. (haninmazaya/arrahmah.com)


sumber

0 comments: