Pertemuan itu membincangkan proses yang dijangka mengambil masa beberapa minggu. Presiden majlis itu, Duta Lubnan, Nawaf Salam, berkata badan 15 anggota itu akan mengadakan pertemuan rasmi hari ini untuk merujuk perkara berkenaan kepada jawatankuasa kemasukannya.
Dalam tindakan dramatik Jumaat lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyerahkan permohonan untuk Palestin yang merangkumi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menjadi negara anggota PBB dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara di sebalik tentangan kuat Israel dan Amerika Syarikat, yang menyifatkan proses damai Asia barat cuma boleh dicapai menerusi rundingan.
Palestin yang kini memegang status pemerhati di badan dunia itu, berkata dua dekad rundingan damai menemui jalan buntu dan langkah awal menyertai PBB bertujuan menaikkan paras diplomatik menyamai Israel, anggota penuh PBB.
Sekutu kuat Israel, Amerika berikrar menggunakan kuasa pembatal untuk menolak permohonan itu tetapi jika Palestin boleh mengumpul sembilan undi yang memihak kepadanya (bilangan yang diperlukan untuk meluluskan resolusi kecuali jika dikenakan kuasa pembatal) mereka sudah memperoleh kemenangan moral.
Jika gagal berbuat demikian, Washington perlu mengelak menggunakan kuasa veto terhadap permohonan itu, yang akan mencalit keaiban kepada hubungan diplomatik dan kemungkinan mencetuskan bantahan anti-Amerika di dunia Arab.
Cuma enam negara dalam majlis berkenaan mempunyai kuasa mengundi untuk keanggotaan Palestin. Empat negara Kesatuan Eropah dijangka sama ada mengambil sikap berkecuali atau menentang manakala Bosnia, Colombia, Gabon dan Nigeria tidak menyatakan pendirian muktamad. Reuters
sumber
0 comments:
Post a Comment