Bagaimanapun ikan berwarna perak yang diiktiraf sebagai ikan kebangsaan sejak kemerdekaan negara itu pada 1971, semakin sukar diperoleh dan dihidangkan berikutan harganya yang terlalu mahal dan mendapat permintaan tinggi dari negara jiran.
Walaupun ikan itu tidak mampu dibeli golongan miskin, tetapi kumpulan kelas pertengahan dan atasan sering makan ikan itu lazimnya dengan nasi dan cili bakar.
Tetapi kini ia tidak lagi menjadi juadah melainkan ada acara istimewa seperti Tahun Baru, hidangan untuk tetamu asing dan majlis kerajaan.
Pembeli dan pegawai menyalahkan peningkatan harga pengangkutan dari tempat penangkapan ke pasar dan pasaran gelap ke India terutama di Bengal barat yang bersempadan dengan Bangladesh, menyebabkan kekurangan ikan itu di pasaran.
Hilsha yang juga dikenali sebagai ilish, adalah ikan laut yang gemar bertelur di sungai berikutan kurang arus dan kurang masin. Ia ditangkap di sungai utama Bangladesh seperti Padma, Meghna dan Jamuna serta muara Teluk Bengal.
Menurut Jabatan Perikanan, Bangladesh mengeluarkan 340,000 tan hilsha pada 2010 hingga Jun 2011, 27,000 tan lebih berbanding tahun lalu.
Kos pengangkutan semakin meningkat, kami tidak boleh menjualnya dengan harga yang murah lagi walaupun kami mahu, kata pemborong ikan, Oli Ullah di kawasan bazar Kawran Dhaka. - Reuters
SUMBER
0 comments:
Post a Comment