Sunday, October 30, 2011

Dadah Dari MALAYSIA Bertambah

MEDAN 29 Okt. - Ketua Pengarah Kastam dan Eksais Indonesia, Agung Kuswandono berkata, penyeludupan dadah dari Malaysia ke Indonesia semakin meningkat ekoran peningkatan jumlah tangkapan suspek ejen sindiket dadah.

Jakarta Post melaporkan bahawa Agung berkata, penangkapan penyeludup dadah dari Malaysia meningkat mendadak baru-baru ini.

''Beberapa tahun lalu, penangkapan terhad di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya di Jawa Timur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

''Bagaimanapun sekarang, penyeludup dadah ditangkap di beberapa lapangan terbang lain di Indonesia termasuk Medan, Aceh, Tarakan dan Lombok,'' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, penyeludup menggunakan pelbagai kaedah untuk menyeludup dadah dari Malaysia.

''Hari ini (kelmarin) seorang suspek cuba menyeludup dengan memasukkan dadah dalam duburnya. Ini dianggap satu kes baru,'' katanya merujuk kepada satu kes yang ditangkap di Lapangan Terbang Polonia, Medan kelmarin.

Agung berkata, antara kaedah lain digunakan termasuk menelan, menyembunyikan dadah dalam beg dan kasut, selain al-Quran.

Ketua Divisyen Penguatkuasaan dan Pencegahan Pejabat Kastam dan Eksais Medan, Bobby Patigor berkata, sebanyak tujuh kes penangkapan penyeludup dari Malaysia dibuat di lapangan terbang di sini sehingga Oktober tahun ini berbanding enam kes pada tahun lepas. - Agensi

sumber

0 comments: