Sunday, October 9, 2011

LIBYA - 18 Maut, 300 Cedera di Sirte

SIRTE (Libya): Sekurang-kurangnya 18 maut, manakala lebih 300 lagi cedera dalam pertempuran di Sirte bagi tempoh dua hari antara tentera rejim pemerintahan baru Libya dengan tentera Muammar Gaddafi bagi mempertahankan bandar kelahiran bekas Presiden Libya itu.

Askar Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) terus melancarkan serangan bertubi-tubi bagi menyingkir askar yang setia dengan Gaddafi yang menjadikan bandar itu kubu mereka.
Ketua NTC, Mustafa Abdel Jalil menjangkakan pertempuran di Sirte dan Bani Walid akan bertambah sengit.
Seorang pegawai perubatan di sebuah hospital yang terletak 50 kilometer di barat Sirte, Hassan Umran, berkata pada Jumaat saja 17 orang terbunuh manakala 230 lagi parah.

"Seorang lagi terbunuh manakala 58 lagi parah, semalam," katanya. - AFP

sumber

0 comments: