Wednesday, October 12, 2011

LIBYA - Pejuang Ambil Alih Sirte

SIRTE: Pejuang anti rejim Muammar Gaddafi dilaporkan menawan ibu pejabat polis di tengah bandar Sirte awal hari ini sebelum mereka meneruskan operasi bagi memburu tentera yang masih setia dengan Gaddafi.

Askar Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) juga dilaporkan semakin hampir untuk menguasai bandar padang pasir, Bani Walid, satu lagi kubu kuat pejuang yang setia dengan Gaddafi.
Di Sirte, pejuang meraikan kejayaan mengambil alih beberapa kawasan strategik di bandar kelahiran Gaddafi itu, termasuk bangunan menempatkan ibu pejabat polis berkenaan.
Mereka memasuki kompleks berkenaan dan memusnahkan poster yang memaparkan Gaddafi. - AFP

sumber

0 comments: