Sunday, October 30, 2011

LIBYA - Saif Mengaku Tidak Bersalah

BEIJING 29 Okt. - Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Mahkamah yang beribu pejabat di The Hague itu berkata, pihaknya telah mengadakan hubungan tidak rasmi dengan Saif dan kini ingin menangkap serta membicarakannya atas dakwaan yang timbul ekoran perang saudara di Libya.

Pendakwa raya ICC, Luis Moreno-Ocampo berkata, hubungan berkenaan dibuat melalui orang tengah dan Saif membuat pengakuan tidak bersalah.

Beliau berkata, anak Gaddafi itu juga mahu mengetahui apakah nasibnya selepas didapati tidak bersalah di atas dakwaan berkenaan.

''Mereka yang mempunyai hubungan dengan Saif telah menghubungi orang hubungan kami, jadi kami tidak berhubung secara langsung, kedua-dua pihak menggunakan orang tengah.

''Kami mempunyai keyakinan dengan orang hubungan kami. Saif berkata, dia tidak bersalah dan akan menyediakan bukti-bukti dan dia ingin mengetahui nasibnya selepas itu,'' katanya selepas tiba di sini bagi menghadiri satu persidangan undang-undang.

Moreno-Ocampo berkata, Saif juga bimbang masa depannya jika didapati tidak bersalah. - Reuters

sumber

0 comments: