JOHOR BAHRU, 27 Okt 2011 – Sekumpulan warga asing berketurunan Nepal mengganas dan memukul salah seorang penduduk Tanjung Puteri Apartmen Resort kerana menegur mereka yang berkelakuan tidak senonoh dan bising, semalam.
Mangsa Mohd Zamri Alias berumur 40 tahun cedera dibelasah lima warga Nepal dipercayai patah tangan, gigi dan bengkak di bahagian telinga.
Mohd Zamri berkata beliau menegur warga Nepal tersebut yang berada dalam keadaan mabuk dan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.
Beliau turut mendakwa ditolak jatuh dan dipukul beramai-ramai oleh kumpulan warga Nepal tersebut. Mohd Zamri turut menambah beliau diugut bunuh kerana mencampuri urusan mereka.
Penduduk setempat tampil membantu Mohd Zamri dan meleraikan pergaduhan tersebut setelah terdengar jeritan beliau meminta pertolongan.
0 comments:
Post a Comment