KAHERAH 18 Okt. - Mesir dijangka menukar seorang suspek Israel yang dituduh mengintip negara ini dengan rakyatnya yang dipenjarakan di Israel, lapor satu sumber keselamatan hari ini.
Pertukaran itu akan dilaksanakan selepas rejim Zionis selesai menukar tahanan Palestin dengan askar Israel, Gilad Shalit, namun kedua-dua kes tersebut tidak mempunyai kaitan.
"Selepas urusan pertukaran Gilad selesai, Mesir akan menukar warga Israel yang juga mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, Ilan Grapel dengan sejumlah tahanan Mesir," kata sember tersebut. - REUTERS
0 comments:
Post a Comment