Sunday, October 16, 2011

PALESTIN -450 Tahanan Akan Dibebaskan Selasa Ini

Sumber-sumber Palestin serta media Israel mengatakan pada Khamis lalu (13/10) bahawa Gilad Shalit dilaporkan akan kembali ke entiti Zionis melalui Mesir pada hari Rabu depan, dan rancangan pertukaran tawanan akan berlangsung dalam beberapa hari akan datang.

Seorang pegawai tinggi Palestin mengatakan kepada AFP Khamis lalu bahawa kelompok pertama dari 450 tawanan akan dilepaskan pada hari Selasa depan, dan Shalit akan dilepaskan pada hari Rabu esoknya.

Pegawai itu mengatakan Shalit yang akan dibawa ke Mesir melalui perbatasan Rafah. Dari Mesir ia akan diangkut menuju entiti Zionis.

sumber

0 comments: