Tuesday, October 18, 2011

PALESTIN - Pengsan kerana Mogok Lapar

RAMALLAH 18 Okt. - Seorang pemimpin tertinggi Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) yang dipenjarakan selama 30 tahun di Israel, terpaksa dikejarkan ke hospital semalam selepas pengsan ekoran melancarkan mogok lapar selama 21 hari.

Setiausaha Agung PFLP, Ahmed Saadat mula melancarkan mogok lapar pada 27 September lalu untuk membantah kerana dipenjarakan sejak empat tahun lalu.

Tindakan Ahmed itu turut disertai oleh beratus-ratus tahanan lain yang enggan makan dan hanya meminum air. - AFP

sumber

0 comments: