Monday, October 3, 2011

PALESTIN - Serangan Israel, 3 Cedera

GAZA CITY 2 Okt. - Jet pejuang Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Genting Gaza semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang daripadanya parah.

Menurut pasukan perubatan Palestin, serangan yang disahkan oleh tentera Israel itu berlaku di Beit Hanun, utara Gaza.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan dilakukan bagi menghalang lebih banyak serangan roket dilancarkan ke wilayah mereka dari Gaza.

Kali terakhir serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke atas wilayah Israel ialah pada Khamis lalu yang mengenai sebuah bangunan kosong di kawasan Shaar Hanegev, Israel.

Beberapa jam selepas itu, pesawat tentera udara Israel melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kumpulan Hamas di kem pelarian Maghazi, tengah Gaza, menurut penghuni kem tersebut.

Gelombang serangan terbaru ini bermula pada 18 Ogos lalu selepas 18 penduduk Israel, termasuk enam orang awam terbunuh dalam satu serangan di wilayah Eilat selatan Israel, kawasan berhampiran sempadan Mesir. - AFP

SUMBER

0 comments: