Sunday, October 23, 2011

Pendatang Yahudi Tawar US 100,000 Bunuh Tahanan

Sebuah keluarga Yahudi di permukiman Yitzhar berhampiran Nablus mencanangkan hadiah wang sejumlah 100 ribu dollar bagi siapa saja yang berjaya membunuh dua tahanan Palestin yang dibebaskan beberapa hari yang lalu, yang bernama Khuwailid dan Nizar Ramadhan yang telah dibebaskan dalam kesepakatan pertukaran tawanan antara Israel dan Hamas.

Akhbar harian Maariv menerbitkan iklan di mana keluarga Yahudi tersebut mendakwa bahawa kedua tahanan, yang satu dideportasi ke Jalur Gaza dan yang lainnya ke Turki, membunuh dua anggota keluarga mereka 13 tahun yang lalu.

Iklan ini diterbitkan pada laman web untuk salah satu pemukim Yahudi fanatik dalam bahasa Ibrani, Arab, Inggeris, dan bahasa Turki bersama dengan foto terakhir para tahanan yang dibebaskan.(fq/pic)

sumber

0 comments: