Tuesday, October 11, 2011

SAUDI - Bola Sepak Dihukum Haram

Seorang ulama Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa yang melarang umat Islam bermain bola sepak kerana permainan ini telah ditemui oleh orang-orang Yahudi, Kristian, kafir, Amerika Syarikat, Rusia, Perancis dan antek-anteknya.

Syeikh Abdullah al-Najdi menyarankan pemuda Muslim untuk menghindari bermain bola sepak kecuali dalam keadaan tertentu, IRNA melaporkan.

Dia menambahkan bahawa jika pemuda Muslim ingin bermain bolasepak, maka aspek permainan mesti diubah sehingga tidak menyerupai permainan yang dimainkan oleh orang-orang kafir.

Berdasarkan ketentuan Keputusan seperti "foul," "penalty","corner", dan "out" yang telah diciptakan oleh orang-orang kafir tidak boleh digunakan dalam permainan.

Al-Najdi mengatakan pemain sepak bola dalam sebuah pasukan mesti lebih atau kurang dari 11 untuk menghindari kemiripan dengan orang-orang kafir dan mereka mesti bermain menggunakan pakaian sehari-hari atau pakaian malam kerana seragam bola sepak tidak sesuai untuk pemuda Muslim.

Dia lebih lanjut mengatakan bahawa pertandingan bola sepak tidak perlu pengadil setelah teknik permainan seperti penalti, foul, out, dan corner telah dicoret dalam peraturan.

"Jika salah satu dari anda menjaringkan gol, tidak boleh berjalan ke arah rakan-rakan anda dengan memeluk atau menciumnya dan tidak bersukacita kerana ini adalah apa yang orang Amerika dan Perancis lalukan. Pada dasarnya, Anda tidak perlu hal ini kerana tujuan anda jelas, "Al-Najdi

Dia menambahkan bahawa tidak ada pemain tertentu yang ditunjuk sebagai pengganti, namun pemain hendaklah mengubah posisi ketika salah seorang dari mereka telah lelah.(fq/prtv)

sumber

0 comments: