NICOSIA 18 Okt. - Seorang pegawai dan tiga tentera terbunuh dalam letupan bom di barat laut Syria, semalam, dipercayai diletupkan oleh tentera pembelot, kata aktivis kumpulan hak asasi manusia.
"Sekumpulan lelaki bersenjata disyaki tentera pembelot meletupkan sebutir bom menggunakan alat kawalan jauh semasa sebuah kenderaan tentera melintas di Ehssem di barat laut wilayah Idlib," kata seorang aktivis Rami Abdel Rahman.
Sebelum itu, aktivis daripada kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Abdel Rahman melaporkan lima askar terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan tentera pembelot di wilayah tengah Homs. - AFP
0 comments:
Post a Comment