Tuesday, November 8, 2011

Doktor Peribadi Bersalah Sebabkan Kematian MJ

LOS ANGELES 8 Nov. - Doktor peribadi Michael Jackson didapati bersalah menyebabkan kematian Raja Pop itu pada tahun 2009.

Dr. Conrad Murray, 58, dibawa keluar dari mahkamah dengan digari selepas keputusan sebulat suara juri diumumkan.

Murray bakal berdepan penjara maksimum empat tahun apabila hukuman akan dijatuhkan pada 29 November ini.

Sebelum ini Murray mengaku tidak bersalah memberi dos berlebihan anesthetic propofol yang biasa digunakan semasa prosedur pembedahan yang dikenal pasti menjadi punca kematian penyanyi lagu “Thriller” itu. - REUTERS

sumber

0 comments: