Saturday, November 19, 2011

SYRIA Menuju Perang Saudara

DAMSYIK: Aktivis menggesa satu bantahan diadakan semalam bagi mendesak negara seluruh dunia mengusir duta Syria dan memencilkan negara itu ketika Turki memberi amaran ketegangan itu akan bertukar menjadi perang saudara.

Menteri Luar Perancis, Alain Juppe, berada di Turki untuk berbincang mengenai Syria menjelang lawatan ke negara Arab.
“Apabila anggota yang berpaling tadah bertempur dengan pasukan tentera, saya berasa ada risiko ia menjadi perang saudara,” kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, kepada AFP di Istanbul.
Davutoglu merujuk kepada perkembangan baru tentera yang berpaling tadah meningkatkan serangan ke atas sasaran utama rejim dan berkata: “Disebabkan itu saya kata ada risiko ia menjadi perang saudara. Inilah masanya menghentikan pembunuhan beramai-ramai ini dan inisiatif Arab amat penting.

“Jika ini tidak berjaya, memang jelas ada risiko berlakunya perang saudara atau ketegangan memuncak di Syria.”

Kelmarin, tentera kerajaan membunuh lapan orang, termasuk dua kanak-kanak, kata aktivis, di sebalik kata dua Liga Arab supaya Syria menghentikan pertumpahan darah atau berdepan risiko sekatan.

Aktivis menggesa bantahan baru dengan mendesak negara seluruh dunia dan Arab, mengusir duta Syria.
Liga Arab Rabu lalu memberikan rejim Syria tiga hari untuk menghentikan keganasan ke atas rakyatnya atau berdepan sekatan ekonomi. – AFP

sumber

1 comment:

نور حنا said...

Assalmu'alaikum wbt. Terima kasih utk update ini.