Monday, February 28, 2011

LIBYA: Obama desak letak jawatan

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menggesa Muammar Gaddafi ‘berundur sekarang’ dan mengisytiharkan pemimpin Libya itu kehilangan hak memerintah negara berkenaan.

Menurut Rumah Putih, kenyataan paling tegas Obama itu dibuat ketika dia bercakap dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, bagi menyelaras tindakan dalam krisis di Libya.

“Apabila seseorang pemimpin menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya untuk terus berkuasa, dia tidak berhak memerintah dan perlu bertindak sewajarnya dengan melepaskan jawatannya,” kata kenyataan itu. - AFP

Sumber

LIBYA: Rakyat tawan telaga minyak

MEMBANTAH REJIM KEJAM...seorang penunjuk perasaan membawa poster mengecam Gaddafi ketika menyertai protes di Geneva, semalam.
MEMBANTAH REJIM KEJAM...seorang penunjuk perasaan membawa poster mengecam Gaddafi ketika menyertai protes di Geneva, semalam.

TRIPOLI: Penunjuk perasaan dilaporkan menguasai telaga minyak Libya ketika beribu-ribu yang lain berarak ke ibu negara bagi menuntut Muammar Gaddafi disingkirkan.

Menurut akhbar al-Youm semalam, telaga minyak itu bukan lagi di bawah kawalan rejim Gaddafi.

Kelmarin, penunjuk perasaan di timur Libya mendakwa, kebanyakan telaga minyak di bandar Ras Lanuf dan Brega kini berada dalam penguasaan rakyat.

Laporan menyatakan, tentera yang berpaling tadah turut membantu mengawal kawasan berkenaan.

Jurutera petroleum syarikat Agico - yang dimiliki kerajaan Libya - Abdessalam Najib, berkata hampir semua telaga minyak di bandar itu kini berada dalam kawalan orang awam dan kerajaan tidak berdaya berbuat apa-apa.

Sumber industri petroleum di luar negara pula berkata, penghantaran minyak mentah dari Libya - negara pengeksport ke-12 terbesar di dunia - hampir terhenti sama sekali.

Katanya, faktor keselamatan dan kekurangan pekerja di pelabuhan menyumbang kepada keadaan itu.

Sementara itu, ahli Majlis Bandar Raya Benghazi berkata, orang ramai melantik seorang bekas Menteri Keadilan bagi mengetuai sebuah wilayah yang dikuasai mereka.

Menurut Fathi Baja, penentang Gaddafi menamakan Mustafa Abdel-Jalil sebagai pemimpin wilayah berkenaan.

“Mustafa dilantik jawatankuasa yang mentadbir sebuah bandar di timur Libya yang kini dikuasai penentang Gaddafi,” katanya.

Kelmarin, Duta Libya ke Amerika Syarikat berkata, penentang Gaddafi bersatu menyokong usaha membentuk kerajaan alternatif diketuai Mustafa. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sejauh mana sokongan diterima pentadbiran di wilayah berkenaan.

Selepas kebangkitan rakyat menentang rejim Gaddafi bermula di Benghazi pada 15 Februari lalu, sebahagian besar wilayah timur Libya kini jatuh ke tangan pemberontak. - AP

Sumber

BAHRAIN: Raja Hamad pecat empat menteri





MANAMA 27 Feb. - Pemerintah Bahrain, Raja Hamad al-Khalifa semalam memecat empat anggota Kabinetnya ketika pemimpin pembangkang, Hassan Mushaima (gambar) kembali dari buangan dan menggesa pemerintah negara ini menyokong pembaharuan yang akan disusuli dengan tindakan.

Ribuan penunjuk perasaan menyuarakan tuntutan mereka dengan berhimpun di bangunan kerajaan di ibu negara ini.

Dua anggota kerabat diraja adalah antara mereka yang dipecat, sebagai tindak balas kepada aduan penunjuk perasaan yang mengatakan dewan pemerintah al-Khalifa memegang terlalu banyak kuasa.

Perdana Menteri Bahrain, Khalifah ibn Sulman al-Khalifah yang merupakan bapa saudara kepada Raja Hamad yang telah berkuasa selama lebih empat dekad dan menjadi sasaran penunjuk perasaan menuntut pembaharuan, bagaimanapun masih kekal memegang jawatan itu.

Kepulangan Mushaima, pemimpin senior yang kembali ke Bahrain selepas hidup dalam buangan, mungkin akan mencetuskan fasa baru pergerakan antikerajaan.

Mushaima yang sebelum ini dituduh berkomplot menggulingkan pemerintahan negara, menggesa kerajaan supaya lebih responsif dengan tuntutan penunjuk perasaan. - REUTERS

Sumber

Perdana Menteri TUNISIA berundur



Perusuh melarikan diri semasa bertempur dengan pasukan keselamatan yang didakwa melepaskan tembakan ke udara di pusat bandar Tunis, kelmarin. - Reuters


TUNISIA 27 Feb. - Perdana Menteri Tunisia, Mohamed Ghannouchi meletakkan jawatannya hari ini, ketika keganasan sedang berlaku di negara Afrika Utara tersebut.

Ghannouchi, 69, dikritik hebat kerana kelemahan pimpinannya ketika pemerintahannya bersama presiden Zine El Abidine Ben Ali yang tersingkir daripada pemerintahan kerana kebangkitan rakyat.

Walaupun Ben Ali melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu, Ghannouchi yang berkhidmat selama 11 tahun sebagai Perdana Menteri berjanji untuk tetap memerintah negara itu sehingga pilihan raya yang dijangka diadakan pada musim panas ini.

Ghannouchi mengumumkan peletakkan jawatannya di rangkaian televisyen dan radio tempatan sehari selepas empat orang penunjuk perasaan terbunuh dalam satu pertempuran dengan pihak polis.

Empat mangsa itu terkorban dalam satu pertempuran melibatkan pasukan keselamatan dan kumpulan perusuh di tengah Tunisia semalam, kata pegawai Kementerian Dalam Negara kepada Reuters.

Pegawai tersebut yang enggan dikenali menjelaskan, pertempuran itu menyebabkan 12 orang mengalami kecederaan dan ia terjadi selepas rusuhan dicetuskan penyokong setia bekas Presiden Zine al-Abidine Ben Ali.

"Seramai 100 perusuh telah ditangkap dan mereka mengaku dipaksa oleh bekas pegawai Ben Ali. Ada di antaranya memberitahu mereka dibayar untuk melancarkan rusuhan tersebut," kata pegawai itu.

Sebelum ini, seorang saksi Reuters menyaksikan tentera Tunisia melepaskan tembakan ke udara dan menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal perusuh yang membawa kayu dan memecahkan cermin tingkap kedai berhampiran Stesen Barcelona, Tunis.

Kadar jenayah di negara Afrika Utara itu naik mendadak sejak satu pemberontakan yang menggulingkan Ben Ali tercetus 14 Januari lalu dan pegawai keselamatan sering berkata, penyokong beliau cuba untuk memporak-perandakan keadaan.

Pertempuran tersebut berlaku selepas satu protes secara besar-besaran diadakan pada malam Jumaat lalu bagi menentang pembentukan kerajaan sementara oleh Ben Ali.

Semasa protes tersebut, pasukan keselamatan bertindak melepaskan tembakan ke udara untuk mengawal perusuh yang membakar tayar dan membaling batu.. - REUTERS

Sumber

Situasi memuncak di LIBYA

TRIPOLI 27 Feb. - Penduduk di ibu negara Libya berkurung ketakutan di rumah hari ini ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengalihkan perhatian kepada pertumpahan darah di negara ini dengan menggesa pemimpin Libya, Muammar Gadaffi 'meletak jawatan sekarang'.

Di Misrata, bandar ketiga terbesar yang jatuh ke tangan pembangkang dalam pertempuran berdarah sepanjang beberapa hari lalu, helikopter milik rejim menembak penduduk yang berkabung di majlis pengkebumian, lapor saksi kepada AFP.

Bunyi tembakan senjata berat turut kedengaran ketika saksi menghubungi AFP memaklumkan seorang lelaki ditembak ketika mahu memasuki masjid di upacara berkabung itu dengan tembakan turut disasarkan ke bangunan stesen radio pembangkang.

Negara-negara Barat pula bertindak menutup kedutaan dan memanggil pulang kakitangan diplomatik mereka ketika Britain mengumumkan penghantaran pesawat tentera untuk memindahkan lebih 150 rakyatnya yang terperangkap di khemah-khemah di padang pasir selepas menerima kecaman berhubung usaha perpindahan.

Sementara itu, bekas Menteri Kehakiman Libya, Mustafa Abdel Jalil mengumumkan beliau sedang membentuk kerajaan peralihan untuk menggantikan rejim Gaddafi yang kini hanya menguasai beberapa kawasan barat Libya, di sekeliling ibu negara Tripoli dan beberapa kawasan kubu kuat di selatan negara ini yang kering kontang, menurut saksi.

Abdel Jalil berkata, pentadbiran baru itu akan melibatkan komander tentera biasa yang kebanyakannya beralih menyokong pembangkang dan akan membuka jalan kepada pilihan raya yang adil dan bebas dalam tempoh tiga bulan.

"Kerajaan kebangsaan kami melibatkan tentera dan orang awam. Ia akan memerintah tidak lebih daripada tiga bulan dan selepas itu pilihan raya bebas dan adil akan diadakan bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka," katanya kepada wartawan di Al-Baida, kawasan kubu kuat pembangkang.

Penunjuk perasaan setakat ini telah menguasai kebanyakan bahagian timur Libya dan semakin hampir ke ibu negara Tripoli, di mana penyokong setia Gaddafi diarahkan menembak penunjuk perasaan pada lingkungan pandangan mata, lapor saksi.

Di Tripoli, kereta kebal dan semua kenderaan dipandu oleh penyokong rejim mengawal hampir semua jalan-jalan di ibu negara itu.

Britain, AS dan Kanada telah menutup pejabat kedutaan mereka di Tripoli, manakala Perancis menggantung operasi kedutaan mereka di negara itu.

Menurut Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox, dua pesawat pengangkut tentera, C130 Hercules telah memasuki kawasan pedalaman untuk memindahkan 150 rakyatnya yang terperangkap di selatan negara itu.

Beberapa negara asing lain turut bergelut membawa keluar rakyat masing-masing ekoran keadaan yang semakin runcing di Libya dengan disifatkan oleh mangsa yang dibawa keluar sebagai 'situasi dahsyat'.

Ramai yang dibawa keluar dari Libya menggunakan darat dengan lebih 38,000 orang dipindahkan melalui Ras Jedir, kawasan bersempadan dengan Tunisia. - AFP

Sumber

LIBYA: Sekatan perjalanan ke atas Gaddafi

GENEVA 27 Feb. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara memutuskan untuk mengenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset terhadap rejim Muammar Gaddafi selain berhadapan siasatan jenayah kemanusiaan berhubung pertumpahan darah yang dikaitkan dengan pemimpin Libya itu.

Undi sebulat suara oleh badan dunia dianggotai 15 negara itu yang dibuat pada mesyuarat malam tadi itu turut menggesa supaya sekatan senjata dikenakan ke atas Libya secepat mungkin.

Menurut PBB, lebih 1,000 orang telah terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukan oleh pengikut setia Gaddafi di Libya.

Majlis Keselamatan PBB turut membuat tuntutan baru supaya serangan ke atas orang awam dihentikan dengan segera, yang dilapor dicetuskan oleh pemimpin Libya ‘peringkat tinggi’.

Larangan perjalanan dan pembekuan dalam Resolusi 1970 akan dikenakan terhadap pemimpin veteran Libya itu, tujuh orang anak lelakinya, anak perempuannya Aisha, beberapa anggota keluarganya, pegawai pertahanan dan perisikan tinggi lain yang dituduh memainkan peranan dalam pertumpahan darah di negara itu.

Terdapat 16 nama dalam senarai sekatan itu selepas ditapis daripada 22 orang sebelum ini ketika mesyuarat semalam.

Tuduhan menyebabkan pertumpahan darah akan dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana serangan yang sistematik dan berleluasa ke atas rakyat yang kini berlaku di Libya adalah jenayah kemanusiaan.

Di bawah resolusi itu juga, penjualan senjata ke Libya perlu dihentikan segera. Resolusi itu turut menggesa Libya membenarkan kemasukan bekalan kemanusiaan dan pemantau hak kemanusiaan untuk melindungi rakyat asing.

“Langkah ini adalah ‘isyarat penting’ menunjukkan masyarakat antarabangsa menyokong rakyat Libya dan menentukan masa depan mereka,” kata duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant.

Wakil dari Afrika Selatan, Baso Sangqu berkata, satu dunia terkejut dengan ‘kekejaman’ di negara utara Afrika itu.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama semalam menegaskan Gaddafi perlu ‘meletak jawatan sekarang’ kerana telah kehilangan kelayakan untuk memerintah.

Sehari sebelum itu, Obama secara peribadi mengenakan sekatan ke atas Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam percubaan jelas untuk melemahkan rejim itu yang semakin goyah dan menghukum tindakan ganas pemimpin veteran itu ke atas rakyat Libya. – AFP

Sumber

Kubu Ghaddafi Kalis Nuklear!

Pada saat penunjuk perasaan pro-demokrasi memegang kekuasaan beberapa kota di Libya bahagian timur, banyak harta milik Muammar Gaddafi di jarah oleh para pendemo dan bahkan dihancurkan.

Salah satu istana yang berhasil 'diduduki' oleh penunjuk perasaan adalah yang terletak di pinggiran kota al-Baida.

Di bangun dengan memiliki taman-taman indah, dengan kolam renang tertutup, sauna dan jacuzzi untuk Gaddafi dan para tamunya, istana Gaddafi di Al-Baida menawarkan sekilas kepada dunia sebuah benteng seorang pemimpin Libya, yang menurut kabel diplomatik AS yang disiarkan oleh WikiLeaks, Gaddafi memiliki gejala fobia yang sangat parah.

Dengan tempat penampungan bawah tanah yang lengkap yang dirancang untuk menjaga pemimpin Libya aman untuk beberapa bulan, dalam kes serangan yang melibatkan penggunaan senjata konvensional, istana Gaddafi tersebut lebih daripada sekadar sebuah kastil yang mewah.

Kubu bawah tanah di istana itu memiliki pengaliran udara dengan layanan penuh sistem filter dan juga dilengkapi dengan generator kecemasan, alarm kebakaran, pam air, dan sebuah tangga yang boleh dipakai sebagai pintu kecemasan belakang untuk membantu Gaddafi melarikan diri.

Istana Muammar Gaddafi di al-Baida itu bukan hanya mewah dari sisi interior dan bangunan, tetapi konon kubu bawah tanahnya sengaja dirancang untuk kalis serangan nuklear.(fq/aljzr)

sumber

TURKI - Necmettin Erbakan Meninggal Dunia

Necmettin (Najmuddin) Erbakan, seorang pemimpin gerakan Islam politik di Turki dan mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia.

Yasin Hatipoglu, seorang pembantu dekat Erbakan, mengesahkan kematian Erbakan dalam panggilan telefon ke televisyen NTV. Pejabat berita Anatolia mengatakan Erbakan, 85 tahun, meninggal di Hospital Ankara Guven pada Ahad (27/2).

Di Kaherah, Mursyid 'Aam Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie, menyampaikan ucapan belasungkawa mendalam atas meninggalnya tokoh gerakan Islam Turki, dan pertama yang mendirikan parti yang visi dan misinya bercorak Islam.

Pemergian Erbakan merupakan kehilangan seorang pemimpin dunia Islam, seorang pemikir Islam, dan ahli politik yang memiliki komitment menegakkan cita-cita Islam, meskipun semuanya cita-cita itu dihentikan oleh militer Turki.Erbakan, saat menjadi perdana menteri Turki telah membuat 'cetak biru' tentang blok negara 'G 8',yang terdiri 8 negara Islam, yang terkemuka, di mana Erbakan telah menyiapkan sistem mata, sistem ekonomi, sistem pertahanan, dan kerjasama perdagangan, serta sistem perbankan, tetapi terburu oleh kudeta militer.

Erbakan - yang secara langsung mahupun tidak langsung merupakan "mentor" dari PM Turki Recep Tayyib Erdogan berkuasa hanya setahun sebagai perdana menteri sebelum ia ditekan oleh militer sekuler untuk turun pada tahun 1997.

Erbakan wafat beberapa hari sebelum peringatan dari apa yang para penulis sebut sebagai "kudeta pasca-modern".

Solat jenazah terhadap dirinya akan berlangsung pada hari Selasa depan yang akan diadakan di Masjid Fatih di Istanbul.

Pihak keluarganya mengatakan Erbakan tidak ingin ada "upacara rasmi" dalam kematiannya.

Dia pernah dihukum kerana memalsukan catatan parti dan dituduh menyembunyikan jutaan cadangan kas pemerintah setelah Parti Kesejahteraan yang ia pimpin ditutup pada tahun 1997.

Setelah lama menghilang dalam dunia perpolitikan Turki, Erbakan pada tahun lalu kembali kepanggung politik dengan mendirikan Partai Kebahagiaan (Saadah Parti). Namun baru beberapa saat berdiri, partinya yang berhaluan Islam tersebut didera konflik internal berkepanjangan sehingga menyebankan beberapa pemimpin parti mengundurkan diri.

Erbakan termasuk aktivis gerakan Islam Turki yang memulai bereksperimen untuk mencuba masuk ke pemerintahan dengan mendirikan parti berhaluan Islam. Beberapa kali gerakan politiknya diberangus, dan ia membuat kembali gerakan politik Islam lain.(fq/alahram/wb)

sumber


SATU UMAT : Beliau seorang pejuang yang sangat gigih.

LIBYA - Kota Zawiya Pula Jatuh ke Tangan Rakyat

Kelompok pembangkang telah mengambil alih kota penting, yang terletak di bahagian barat Libya, Zawiya. Selain itu, mantan pasukan militer Presiden Gadhafi juga telah menyatakan bergabung dengan kelompok pembangkang.

Sejumlah kota penting dan strategis telah jatuh ke tangan pembangkang. Jatuhnya kota Zawiya, semakin melengkapi kemenangan kaum pembangkang, termasuk jatuh kota Benghazi, kota terbesar kedua sesudah Tripoli telah menjadi pusat gerakan pihak pembangkang.

Sejumlah bangunan hancur, termasuk pejabat polis di kota Zawiya telah hangus terbakar. Kota Zawiya tak jauh dari kota Tripoli, dan hanya berjarak 55 kilometer dari ibukota. Kemenangan demi kemenangan pihak pembangkang, semakin mempersempit kekuasaan Gadhafi. .

Pemimpin Libaya Muammar Gadhafi, sekarang terkurung di ibukota Tripoli, dan mendapatkan pengawalan yang sangat oleh pasukan yang setia dengannya. Gadhafi sekarang mendapatkan perlindungan brigade khusus, yang dipimpin anaknya Mu'tasim.

Sementara itu, sekitar 100,000 orang Libya telah melarikan dan mencari tempat yang aman, dan menghindari kekerasan. Kerana, pasukan keamanan yang setia kepada Gadhafi terus melakukan pembersihan kota Tripoli dari unsur-unsur yang dicurigai sebagai pendukung kelompok oposisi. Mereka mengekskusi siapa saja yang dicurigai sebagai musuh revolusi, ujar seorang penduduk di ibukota Tirpoli.(mh/cnn)

sumber

PM TUNISIA Letak Jawatan

Perdana Menteri ad interim Tunisia,Mohammed Ghannouchi, telah mengumumkan pengunduran dirinya di televisyen Tunisai.

"Saya telah memutuskan untuk berhenti sebagai perdana menteri," kata Ghannouchi dalam sebuah sidang media, di Tunis. Pengunduran diri Gannoushi ini telah difikirkan dengan cermat dan matang dan keputusan yang diambilnya itu disokong oleh keluarganya.

Ghannouchi telah memimpin negara itu sejak Presiden Zine El Abidine Ben Ali meninggalkan negara itu pada 14 Januari, akibat terjadinya pemberontakan selama bulan Januari.

Ghannouchi adalah sekutu lama Ben Ali, dan telah berjanji untuk mengantarkan pemerintahan baru, sampai pemilihan umum dapat diselenggarakan musim panas ini.

Demonstrasi telah kembali meletus di negara Afrika Utara dalam beberapa hari terakhir, dan tiga orang terbunuh dalam oertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keamanan di ibukota Tunis, hari Sabtu lalu.

"Tiga orang maut dan belasan lainnya mengalami kecederaan dalam pertempuran dan dipindahkan ke hospital untuk perawatan," kata kementerian dalam negeri dalam sebuah pernyataan. "Beberapa anggota pasukan keamanan juga mengalami kecederaan", tambah pengumuman dari Kementerian dalam negeri.

Loyalis Ben Ali

Pasukan keamanan telah menembakkan tembakan peringatan dan gas air mata pada demonstrasi anti-pemerintah, dan para demonstran melemparkan batu, ujar seorang wartawan dari pejabat berita AFP.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri, yang menolak disebutkan namanya, mengatakan kepada pejabat berita Reuters bahawa kematian itu terjadi setelah kerusuhan yang disutradarai oleh orang-orang setia kepada Zine El Abidine Ben Ali.

"Mereka yang ditangkap telah mengakui mereka didorong oleh mantan pegawai Ben Ali," katanya. "Yang lain mengatakan bahwa mereka dibayar untuk melakukannya."

Pada hari Jumaat, puluhan ribu pendemo telah kembali ke jalan-jalan menuntut pengunduran diri Ghannouchi.

Pernyataan kementerian dalam negeri mengatakan lebih dari 100 orang ditangkap pada hari Sabtu dan 88 orang telah ditangkap pada hari Jumaat. Pertempuran terjadi akibat adanya "agitator" yang menyusup ke dalam demonstrasi damai.

Mereka telah menggunakan mahasiswa "sebagai perisai manusia untuk melakukan tindak kekerasan, pembakaran bangunan itu disengaja untuk melakukan kekacauan di antara orang-orang yang ikut dalam aksi, yang kemudian bertempur dengan pasukan keamanan internal," kata pernyataan itu.

Ghannouchi mengumumkan pada hari Jumaat bahawa pemerintah akan mengadakan pemilihan pada pertengahan Julai. (mh/aljz)

sumber

Sunday, February 27, 2011

Kekuasaan Ghaddafi Akan Berakhir

Sebahagian besar Libya berada di luar kawalan pemerintah, dan kekuasaan Muammar Gaddafi sangat terbatas hanya menguasai ibukota, Tripoli, ucap mantan menteri dalam negeri Libya.

Jenderal Abdul Fatteh Younis mengatakan kepada Al Jazeera pada hari Sabtu bahawa dia telah meminta Gaddafi untuk menamatkan kekerasan terhadap pembangkang. Meskipun Jenderal Abdul Fatteeh berpendapat tidak mungkkin Gadhafi mahu melakukannya.

Rejim diktator Muammar Gadhafi menggunakan senjata automatik menghadapi kekuasaan rakayatyang memberontak, dan mendirikan pos-pos pemeriksaan, dan rondaan bersenjata, ucap seorang saksi di ibukota Tripoli

Beberapa pasukan keamanan Libya dilaporkan menyerah saat berlangsung pertarungan. Sebagaimana gambar dari rakaman yang diyakini kebenarannya pada hari Jumaat menunjukkan pasukan tentera bergabung dengan penunjuk perasaan.

Rakaman itu menunjukkan pendemo membawa pasukan tentara Gadhafi yang menyerah ke kota Az Zawiyah setelah mereka membelot - peristiwa yang terjadi itu oleh aktivis sedang diulangtayang ke seluruh negara.

Wartawan Aljazeera di Libya melaporkan pada Jumaat bahawa komandan tentera di timur yang telah membelot bercerita baahwa komandan militer di barat negara itu juga mulai berbalik melawan Gaddafi.

Mereka memperingatkan, bagaimanapun, bahawa Brigade Khamis, briged pasukan khusus yang dipimpin Mu'tasim (anak Gadhafi) yang setia kepada keluarga Gaddafi dan dilengkapi dengan senjata canggih, saat ini masih melakukan penentangan kepada pasukan anti-pemerintah.

Wartawan kami, yang tidak dapat disebutkan namanya untuk alasan keamanan, mengatakan bahawa meskipun pasukan khusus itu masih dapat bertahan, orang-orang cemas terhadap apa yang dilakukan oleh Gaddafi. Banyak pasukan tentera yang setia kepada Gadhafi membelot dan menyokong, dan banyak di antara mereka melarikan diri.

Pemerintah Interim

Mustafa Mohamed Abud Ajleil, mantan menteri kehakiman Libya, telah memimpin pembentukan pemerintahan sementara yang berbasis di timur kota Benghazi, seperti dilaporkan oleh media online dari akhbar Quryna, hari Sabtu.

Quryna mengutip Ajleil yang mengatakan bahwa Muammar Gaddafi sekarang tinggal "sendirian" memikul tanggung jawab "atas kejahatan yang telah terjadi" di Libya dan sukunya, Gaddadfa, dan telah dimaafkan.

"Abud Ajleil bersikeras akan mempertahankan kesatuan negara seluruh Libya, dan bahwa Libya yang bebas, mesti dengan Tripoli," ujarnya kepada Quryna dalam percakapan melalui telepon.

Abu Yousef, seorang penduduk dari kota Tajoura, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa Gadhafi menggunakan 'benteng' manusia untuk menghadapi kekuatan demontran anti-pemerintah.

Pengunjuk rasa anti-pemerintah menyerang milisi Afrika hitam yang merupakan tentera upahan yang direkrut oleh Gadhafi dari berbagai negara Afrika untuk mempertahankan kekuasaannya.

"Situasi ini sangat berbahaya setiap hari ada lebih dari seratus yang mati. Setiap hari ada penembakan. Situasi paling berbahaya adalah bagi orang asing, dan orang kulit hitam. Kerana Gaddafi merekrut tentara dari Chad dan Niger.. Mereka adalah Arab hitam dan yang memiliki kemampuan untuk membunuh, "kata Seidou Boubaker Jallou kepada Al Jazeera.

Jallou dan temannya, baik dari Mali, melarikan diri pada malam hari ke perbatasan Tunisia. Mereka mengatakan jalan keluar dari Barat masih di tangan orang-orang setia kepada Gaddafi.

Zawiya, sebuah kota 120 km dari perbatasan Tunisia, sekarang di tangan pembangkang. Para peninjau dari Mesir yang tiba di perbatasan menggambarkan pembantaian berdarah berlangsung sepanjang hari Kamis yang mengorbankan banyak rakyat yang tidak berdosa di tangan pasukan Gadhafi.

"Saya berada di pusat kota Zawiya. Ada sekelompok tentera di medan yang menyerang para penunjuk perasaan. Itu adalah konfrontasi sangat keras. Mereka menembak dengan menggunakan senjata berat. Ada sekurang-kurangnya 15 hingga 20 orang yang mati seketika. Aljazeera merakam apa yang terjadi di kota itu, tetapi pihak berkuasa Libya di perbatasan Tunisia merampas telefon saya. Gaddafi ingin melakukan kejahatan dengan tanpa ada media yang melaporkan, " kata Ahmed, warga Mesir, kepada Al Jazeera Nazanine Moshiri.

'Perang saudara'

Seif al-Islam Gaddafi, anak sulung pemimpin Libya, mengatakan orang-orang di "tiga-perempat di negara Libya hidup dalam damai".

Dalam sebuah wawancara di televisyen Al-Arabiya, Seif mengatakan bahawa para penunjuk perasaan telah dimanipulasi oleh pihak asing, dan situasi mengarah pada, "perang saudara".

Dia membantah bahawa tentera bayaran Afrika telah direkrut untuk menyerang para penunjuk perasaan. Sementara Human Right Watch dan PBB mengesahkan jumlah rakyat yang telah mencapai 3,000 orang, dan ribuan lainnya yang luka-luka. (mh/aljz)

sumber

Kolonel Tarek Hussein Perangi Tentera Ghaddafi

Mantan Panglima Angkatan Udara Libya yang sekarang bersembunyi, secara diam-diam membuat hubungan dengan kelompok pembangkang di Benghazi.

Kolonel Tarek Saat Husien siap menggunakan kekuatan revolusioner untuk melakukan perang terakhir melawan diktator Libya Muammar Gadhafi.

Sebaliknya, Gadhafi ingin berperang sampai mati, dan telah memberikan perintah mempertahankan ibukota Tripoli, terutama kepada tentara dan para aktivis revolusioner.

Panplet-panflet di Benghazi, yang terpampang di Pengadilan Tinggi, tertulis : "Libya satu tubuh. Tripoli jantung hati kami". Wilayah bahagian Timur dibawah kawalan pembangkang, tetapi Libya tidak pecah, mereka mengatakan, "Revolusi tidak akan berakhir, sampai memenangkan dan mengambil alih Tripoli, dan mengakhiri diktator", ujar mereka.

Pembebasan Tripoli akan datang dari Benghazi, dan gerakan pembebasan menyeruak dari kota kedua terbesar di Libya. "Kami tidak akan pernah meninggalkan Tripoli", ujar seorang imam yang memimpin solat Jumaat di tempat terbuka di Benghazi, yang dihadhiri puluhan ribu jamaah. Kemudian, para jamaah meneriakkan takbir, "Allah Akbar .. Allah Akbar".

Kolonel Husien, yang berada di tempat yang dirahsiakan itu, dan dilindungi senjata anti pesawat tempur. Revolusi Libya banyak rakyat yang siap menyambutnya.

Di Benghazi pasukan militer yang dibawah komando Kolonel Husien, ada sekitar 10,000 pasukan, yang berada di dekat perbatasan dengan Mesir.

"Kami akan mengumpulkan kekuatan yang lebih besar lagi dari Benghazi dan kota-kota lainnya, yang akan siap untuk melakukan long march menuju Tripoli", ujar Husien

Hussein melakukan koordinasi dengan para komandan militer, dan para Sheik yang mengepalai suku-suku, para sukarelawan dari berbagai wilayah, dan akan melancarkan serangan yang menentukan untuk menjatuhkan rejim diktator yang sudah berkuasa selama 42 tahun.

Kolonel Husien menyebutkan ada sekitar 2,000 tentera yang sudah siap untuk berangkat ke Tripoli, sebagai kelompok kecil, dan akan sampai ke Tripoli, Jumaat malam ujar Husien. (m/aljz).

100,000 Berkumpul di Sana'a, YAMAN

Awalnya, sangat sukar untuk para mahasiswa dan aktivis hak-hak asasi manusia berkemah di depan Universiti Sana'a. Mereka dipukul, ditembak, dan mengalami berbagai kekerasan lainnya, dan semua mengabaikan mereka.Tidak ada yang peduli. Mereka yang bekerja di pejabat, kedai, restoran, bahkan mereka yang menganggur pun, takut ditangkap pegawai tentera .

Sekarang semua telah berubah, sejak 25 Februari, di mana lebih 100.000 penunjuk perasaan berkumpul di ibukota Sana'a. Sebahagian antara mereka, yang tak kurang 30,000 pendemo berkkumpul di depan Universiti Sana'a, yang menjadi Tahrir Square, seperti di Kaherah. Mereka menuntut Presiden Ali Abdullah Saleh mengundurkan diri.

Ini terjadi setelah para loyalis pemerintah menembak dua pendemo lalu meninggal dunia pada malam 22 Februari lalu. Tetapi terkorbannya dua orang pendemo itu, mengakibatkan gelombang massa yang lebih besar ikut dalam aksi demosntrasi, dan dengan penuh antusiasme. Ini merupan puncak gerakan yang menuntut perubahan di Yaman, dan meminta Presiden Ali Abdullah Saleh, segera mundur.

Para penentang Ali Abdullah Saleh, mereka berteriak, "Enyahkan kaki tangan Amerika", teriak mereka. (mh/tm)

sumber

Saturday, February 26, 2011

Ikhwan JORDAN Selenggarakan Demo Terbesar

Ribuan warga Jordan turun ke jalan-jalan ibukota, Amman, menyerukan reformasi politik dan ekonomi segera.

Aksi protes yang diselenggarakan oleh Front Aksi Islam (IAF), sayap politik Ikhwanul Muslimin di Jordan, dan 19 parti politik lain diyakini menjadi demonstrasi pro-demokrasi terbesar di Jordan sejak Januari.

Aksi protes di mulai setelah solat Jumat. Sekitar 3,000 petugas keamanan ditempatkan di Amman pusat pada hari Jumaat, yang dinamakan sebagai "Hari Kemarahan".

Para pegawai Jordan mengatakan petugas polis dikerahkan untuk melindungi aksi dan mencegah pertempuran antara pendemo pro-demokrasi dan aktivis pro-pemerintah.

Para penunjuk perasaan, diperkirakan lebih dari 10,000 telah menyerukan agar pemerintah dipilih, reformasi konstitusi dan pembubaran parlimen. Saat ini, Raja Abdullah menunjuk dan memberhentikan kabinet.

"Kami berdemo hari ini melawan pemerintah dan menuntut reformasi. Kami meminta rejim laukan reformasi. Kami ingin monarki parlimen yang sebenarnya. Monarki sebaiknya tidak mendominasi parlemen," kata tokoh yaerikat perdagangan Maisara Malas kepada AFP.

"Reformasi telah menjadi keperluan yang tidak dapat ditunda. Kami ingin perubahan konstitusional segera untuk membantu menciptakan pemerintah yang produktif dan parlimen benar-benar representatif. Ini adalah tuntutan semua rakyat Jordan," kata Hamzah Mansur, kepala IAF kepada kerumunan penunjuk perasaan.

"Tujuan protes ini adalah menuntut perubahan konstitusional untuk membawa pemerintah yang dipilih dan parlimen yang terpilih yang membentuk pemerintah mahupun pengadilan konstitusi. Kami juga ingin pemerintah dan parlemen untuk mengarah ke monarki konstitusional," kata pemimpin tinggi Ikhwanul Muslimin Salem Falahat.

Sementara itu, para pendukung keluarga kerajaan juga berkumpul di jantung ibukota untuk memprotes para penunjuk perasaan pembangkang.(fq/prtv)

sumber

PALESTIN - Israel bunuh Bayi Berusia 3 Bulan

Pasukan Israel telah menyerang sebuah aksi protes damai warga Palestin di lingkungan (Jerusalem) Timur al-Quds, membunuh seorang bayi yang baru berusia tiga bulan.

Bayi perempuan berusia tiga bulan itu meninggal setelah tersedut gas pemedih mata yang ditembakkan oleh polis Israel di lingkungan Silwan. Polis Israel juga menembakkan peluru karet dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan warga Palestin.

Warga Palestin mengadakan aksi tunjuk perasaan mingguan di Silwan menentang tindakan keras Tel Aviv terhadap warga Palestin setelah solat Jumaat kemarin (25/2).

Di tempat lain di wilayah yang diduduki, pasukan Israel juga menembakkan gas pemedih mata dan peluru karet kepada aktivis Palestin dan internasional di kota Tebing Barat al-Khalil (Hebron), melukai sekurang-kurangnya sembilan orang.

Beberapa penunjuk perasaan Palestin juga ditangkap.

Para penunjuk perasaan menandai peringatan ke 17 pembantaian 29 warga Palestin oleh ekstrimis Yahudi di kota itu ketika mereka diserang oleh pasukan Israel.

Para penunjuk perasaan juga menyerukan pembukaan kembali salah satu jalan utama kota, yang ditutup Israel ke Palestin setelah pembantaian tahun 1994 di wilayah tersebut.

sumber

LIBYA - Tentera Tembak Rakyat Selepas Solat Jumaat

Puluhan ribu rakyat melakukan protes, selepas solat Jumaat, dan gerakan mereka berpusat di ibukota Tripoli. Gerakan protes yang mereka lakukan menjelang petang, usai solat Jum'at.

Para penunjuk perasaan di ibukota Tripoli, mengambil jalan-jalan yang ada, kemudian pasukan keamanan yang setia kepada Presiden Gadhafi, dikabarkan langsung menyerang mereka dengan tembakan yang membabi buta, dan dilaporkan sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, seperti yang dilaporkan oleh Associated Press.

sumber

Friday, February 25, 2011

Tiada rancangan campur tangan tentera di LIBYA

PARIS: Menteri Pertahanan Perancis, Alain Juppe semalam berkata, campur tangan tentera untuk menghentikan keganasan di Libya bukan menjadi pilihan ketika ini. Bagaimanapun, katanya, adalah wajar bagi masyarakat antarabangsa menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang angkasa negara Afrika Utara itu.

“Tidak. Tidak akan ada campur tangan tentera. Bagaimanapun, penguatkuasaan sekatan dalam apa juga bentuk yang boleh diambil, khususnya terhadap ruang angkasa Libya, adalah wajar untuk ditimbangkan,” katanya kepada radio France Inter.


Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates berkata sebelum ini, Perancis dan Itali adalah tempat terbaik untuk menguatkuasakan zon larangan terbang terhadap Libya.

Mengulas kenyataan Gates, Juppe berkata: “Masyarakat antarabangsa mengharapkan Perancis semata-mata. Biar kita cuba bertindak bersama.” - AFP

Sumber

LIBYA: Gaddafi diramal bunuh diri

STOCKHOLM: Seorang bekas menteri Muammar Gaddafi semalam meramalkan pemimpin Libya itu akan mengikut jejak langkah Adolf Hitler dengan membunuh diri daripada menyerah kuasa.

Mustapha Abdeljalil, yang menjadi Menteri Kehakiman sehingga beliau meletak jawatan minggu lalu kerana membantah tindakan ganas rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan memberitahu akhbar Sweden, Expressen, beliau menjangka Gaddafi akan melaksanakan ikrarnya untuk mati di bumi Libya daripada hidup dalam buangan.


“Masa Gaddafi sudah berakhir. Beliau akan mengikut jejak langkah Hitler. Beliau akan membunuh diri,” kata Mustapha.

Hitler membunuh diri dalam kubunya di Berlin pada April 1945 selepas menyaksikan perpecahan empayar Nazi Jerman.


Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web akhbar itu, Mustapha berkata, Gaddafi secara peribadi mengarahkan pengeboman pesawat di ruang udara Lockerbie pada 1988 yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu. - AP

Sumber

Warga asing tinggalkan LIBYA

PARIS: Kerajaan di seluruh dunia semalam bergegas membawa pulang warga masing-masing dari Libya.

Kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya perang saudara besar-besaran mendorong negara dari Kanada hingga ke China untuk menyewa feri dan pesawat bagi membawa keluar rakyat mereka ke kawasan selamat.

Ribuan warga asing bersesak-sesak di lapangan terbang Tripoli dengan harapan untuk menyelamatkan diri selepas keadaan keselamatan di Libya semakin meruncing.

Mereka yang berjaya melarikan diri menceritakan suasana anarki yang berlaku di negara berkenaan dengan bekalan air dan makanan semakin berkurangan. - Reuters

Sumber

LIBYA: Penentang kuasai lebih banyak bandar

WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di  depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.
WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilapor semakin hillang penguasaan terhadap lebih banyak bandar ketika kumpulan antikerajaan meneruskan tunjuk peerasaan di negara Afrika Utara itu meskipun beliau mengancam tindak balas ganas.

Penunjuk perasaan di Misurata, barat Libya, berkata, mereka sudah menguasai bandar berkenaan. Dalam kenyataan menerusi Internet, pegawai tentera yang ditempatkan di bandar berkenaan menyatakan ikrar mereka untuk menyokong penunjuk perasaan sepenuhnya.


Penunjuk perasaan juga dilihat menguasai sebahagian besar wilayah timur negara itu dan seorang koresponden televisyen Al-Jazeera yang melaporkan dari bandar Tobruk, 140 kilometer dari sempadan Mesir berkata, tidak ada anggota keselamatan kelihatan di bandar berkenaan.

“Daripada apa yang saya lihat, saya boleh berkata penduduk di timur Libya menguasai wilayah itu,” kata wartawan Al-Jazeera, Hoda Abdel Hamid.


Menurutnya, tidak ada pegawai yang mengendalikan pintu sempadan ketika krew stesen televisyen itu menyeberang masuk ke Libya.


“Di sepanjang sempadan, kami tidak menemui seorang pun anggota polis atau tentera.

“Penduduk memberitahu kami, mereka sudah melarikan diri atau bersembunyi dan yang berkuasa ketika ini ialah penduduk.

“Keadaan ini berlaku di Tobruk hingga ke Benghazi.


“Saya juga diberitahu, keadaan agak tenang di Baida dan Benghazi.

“Namun di sebelah malam, menurut penduduk, terdapat kumpulan militia berkeliaran di jalan raya.

“Mereka adalah lelaki Afrika yang bercakap Perancis. Penduduk yakin kumpulan itu berasal dari Chad,” kata Hoda.

Pemerintah tentera di Tobruk, Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud memberitahu Al Jazeera, pasukan yang diketuainya sudah berpaling tadah untuk menyokong penunjuk perasaan.


“Kami kini berpihak kepada rakyat. Saya bersama-sama Gaddafi sebelum ini tetapi keadaan sudah berubah. Dia seorang yang zalim,” kata pegawai tentera itu.


Benghazi, bandar kedua terbesar Libya menjadi tempat pertama kebangkitan rayat dalam menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi lebih seminggu lalu, sebelum ia merebak ke bandar lain. — Al Jazeera

Sumber

NEW ZEALAND: Tipis temui mangsa gempa



PASUKAN menyelamat menggunakan jentolak bagi mencari mangsa gempa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan di bandar Christchurch, semalam. - REUTERS


CHRISTCHURCH 24 Feb. - Harapan menemui lebih ramai mangsa gempa bumi di bandar raya ini yang terselamat semakin pudar apabila jumlah kematian dilaporkan hari ini meningkat kepada 98 orang, manakala 226 lagi dilaporkan hilang.

Menurut polis, dipercayai sebanyak 120 orang masih terperangkap di bawah runtuhan konkrit dan keluli di bangunan Televisyen Canterbury (CTV).

Berpuluh-puluh orang pelajar dari Jepun, Thailand, China dan negara Asia lain yang menuntut di sebuah sekolah bahasa Inggeris di dalam bangunan tersebut dipercayai turut tertimbus apabila sekolah mereka serta pejabat-pejabat lain runtuh akibat gempa bumi tersebut.

Perdana Menteri, John Key melahirkan kebimbangan serius kemungkinan ramai yang tidak berjaya diselamatkan dalam gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter pada Selasa lalu.

"Kami takut jumlah kematian akan bertambah lebih banyak daripada apa yang kita semua takuti," ujar Key.

Tambahnya, berpuluh-puluh rakyat dari negara lain turut terlibat dalam bencana teruk ini.

Bantuan keselamatan setakat ini tertumpu di bangunan CTV dan beberapa kompleks pejabat utama di pusat bandar yang musnah dalam gempa itu.

Pasukan penyelamat dari negara yang selalu mengalami gempa seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) turut membantu hari ini dengan anjing penghidu serta meletakkan mikrofon di dalam runtuhan bangunan bagi mengesan mereka yang terselamat.

Namun usaha mereka terhalang dengan kebarangkalian risiko beberapa bangunan di sekeliling yang akan turut roboh terutamanya sebuah hotel setinggi 26 tingkat.

Kali terakhir mangsa yang masih hidup ditemui ialah seorang wanita, Ann Bodkin yang ditemui tengah hari semalam dan seramai 2,500 orang dilaporkan cedera termasuk 164 orang cedera parah. - AP / Reuters

Sumber

PALESTIN: Israel bom Genting Gaza

GAZA CITY 24 Feb. - Jet pejuang Israel mengebom beberapa tempat di Genting Gaza awal pagi ini sebagai membalas serangan roket oleh pihak pejuang Palestin ke atas bandar Beersheba di selatan Israel.

Serangan roket tersebut dilancarkan selepas berlaku pertempuran di sepanjang sempadan Gaza yang mengakibatkan seorang pejuang Jihad Islam terbunuh dan 10 lagi cedera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel, lokasi kumpulan 'pengganas' telah dikenal pasti di bahagian utara Genting Gaza iaitu lokasi yang sama ketika serangan roket dilancarkan ke Beersheba.

Beersheba menempatkan seramai 200,000 penduduk terletak 40 kilometer dari Genting Gaza dan menurut saksi, sebelum serangan dilancarkan, mereka diarah menyelamatkan diri setelah amaran siren dibunyikan. - AFP

Sumber

LIBYA: Gaddafi tuduh al-Qaeda punca rusuhan

TRIPOLI 24 Feb. - Pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi hari ini menuduh rangkaian al-Qaeda berada di sebalik rusuhan yang berlaku di negara itu.

"Hasutan ini dipimpin oleh al-Qaeda," kata Gaddafi melalui kenyataan telefon yang disiarkan di televisyen negara itu.

"Jika kamu ingin membunuh antara satu sama lain, silakan," tambah Gaddafi.

Media negara itu melaporkan ketika ini jumlah korban akibat kejadian tersebut semakin meningkat dan penunjuk perasaan sudah berjaya mengawal beberapa bandar di sebelah utara. - Dpa

Sumber

MESIR: Tiga bekas menteri rejim Hosni Mubarak diejek



ZUHEIR Garranah (kanan), Ahmed al-Maghrabi (kiri) dan Ahmed Ezz duduk di dalam lokap semasa menunggu kes perbicaraan mereka bermula di sebuah mahkamahdi Kaherah, kelmarin. - AFP


KAHERAH 24 Feb. - Tiga bekas anggota kanan rejim bekas Presiden Hosni Mubarak diejek oleh beratus-ratus orang yang menjerit 'pencuri' dan 'kamu merompak wang kami' apabila mereka dihadapkan ke mahkamah semalam untuk menghadapi tuduhan rasuah.

Tiga bekas pegawai tinggi yang hadir di Mahkamah Jenayah Kaherah semalam ialah bekas Menteri Perumahan, Ahmed Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Zuheir Garana dan jutawan keluli, Ahmed Ezz yang merupakan anggota kanan parti pemerintah.

Mereka memakai pakaian banduan dan duduk di dalam kandang besi sementara seorang hakim mengeluarkan perintah membekukan harta mereka.

"Saya tidak mahu dijadikan kambing hitam. Saya tidak bersalah," teriak Maghrabi dari kandang pesalah.

Ezz dan Garana turut mendakwa mereka tidak bersalah.

Ketiga-tiga mereka, yang menghadapi pelbagai tuduhan termasuk pengubahan wang haram, menyalahgunakan kuasa dan menghabiskan kekayaan negara adalah antara kira-kira 12 bekas menteri dan ahli perniagaan yang sedang disiasat.

Penunjuk perasaan yang menyingkirkan Mubarak selepas 18 hari mengadakan tunjuk perasaan menentang rejimnya, sering kali membangkitkan rasuah meluas dalam kerajaannya sebagai pendorong utama di sebalik pemberontakan mereka.

Kemarahan rakyat terhadap bekas anggota kanan rejim Mubarak begitu ketara, semalam.

Semasa kenderaan yang membawa Maghrabi, Garana dan Ezz lalu di jalan-jalan di Kaherah menghala ke mahkamah, berpuluh-puluh kereta mengekorinya sambil membunyikan hon dan penduduk berteriak 'itu dia pencuri'.

Apabila mereka tiba di mahkamah, lebih 500 orang yang menunggu di luar menjerit ke arah mereka, 'pencuri' dan 'kamu merompak wang kami'. - AP

Sumber

LIBYA: Gaddafi arah serangan di Lockerbie?

LIBYA 24 Feb. – Bekas menteri keadilan Libya berkata, beliau mempunyai bukti pemimpin Muammar Gaddafi terlibat mengarahkan serangan ke atas jet syarikat penerbangan Pan American 103 yang meletup di Scotland pada 1988 mengakibatkan 270 orang terbunuh.

Pendedahan itu dibuat ketika pemberontakan rakyat Libya semakin memuncak menuntut Gaddafi meletakkan jawatan.

Semalam, Mustafa Abdel-Jalil yang meletakkan jawatan sebagai protes terhadap tindakan kekerasan rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan antikerajaan berkata, Gaddafi mengarahkan Abdelbaset al-Megrahi meletakkan sebutir bom di dalam jet itu yang membunuh semua 259 orang di dalam pesawat tersebut dan 11 orang lagi di darat.

Al-Megrahi, 58, adalah satu-satunya individu yang dihukum ekoran kejadian pada 21 Disember, 1988 ketika jet itu dalam perjalanan dari London ke New York.

Dia dipenjarakan pada 2001, tetapi dibebaskan atas dasar peri kemanusiaan pada 2009 kerana tenat akibat kanser.

“Saya mempunyai bukti Gaddafi mengeluarkan arahan dalam serangan di Lockerbie.

“Untuk menyembunyikan rahsia itu, Gaddafi melakukan segala usaha untuk mendapatkan al-Megrahi dikembali ke Libya dari Scotland,” kata Mustafa.

– Agensi

Sumber

Operasi minyak di LIBYA dihenti

NEW YORK 24 Feb. - Operasi pengeluaran minyak di Libya mula terhenti secara perlahan-lahan semalam ekoran syarikat-syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara itu berterusan.

Eni, syarikat dari Itali yang merupakan firma minyak terbesar di Libya dan firma minyak dari Sepanyol, Repsol berkata, mereka telah menggantung beberapa operasi pengeluaran mereka di negara itu.

Syarikat minyak Total dari Perancis, BASF dari Jerman dan OMV dari Australia turut menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan atau menghentikan pengeluaran di negara di utara Afrika itu.

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilaporkan telah mengarahkan perkhidmatan keselamatan untuk mensabotaj kemudahan minyak, menurut Time Magazine, semalam.

Menurut Eni, saluran paip bawah Laut Mediterranean dari Libya ke Itali yang membekalkan 10 peratus gas ke negara Eropah itu turut telah dihentikan.

Sementara itu, beberapa buah negara sedang berusaha mengeluarkan rakyat mereka dari negara bergolak itu.

Sebuah pesawat milik Ireland mendarat di Tripoli semalam untuk membawa pulang rakyat Ireland di Libya, tetapi dihalang pengawal keselamatan Libya.

Menurut Kementerian Luar Ireland, pesawat tersebut kemudian terbang pulang ke Malta setelah berada selama empat jam di sana.

Kedutaan China di Libya pula berusaha menguruskan pemindahan rakyatnya di negara itu menerusi udara, laut dan darat hari ini. Penerbangan pemindahan pertama dijangka tiba di China, hari ini.

Kedutaan China di Tunisia berkata, kedutaan tersebut menguruskan 30 buah bas untuk memindahkan seramai 2,900 rakyat China yang terkandas di pusat pemeriksaan sempadan Ras Jedir dan akan membawa mereka ke Girba, sebuah kawasan peranginan di Tunisia, sebelum membawa mereka pulang menggunakan pesawat.

Sementara itu, pejabat Luar Negara Britain memberitahu bahawa sebuah pesawat dijadual tiba di Tripoli hari ini untuk memindahkan kira-kira 300 rakyatnya di Libya dan pesawat kedua akan tiba tidak lama lagi. - AGENSI

Sumber

LIBYA: Tentera Gaddafi bedil masjid



PENUNJUK perasaan antikerajaan berdiri di atas kereta kebal sambil mengangkat senjata meraikan kejayaan mereka menawan bandar Shahat di timur Libya, semalam. - REUTERS


BENGHAZI 24 Feb. - Tentera Libya yang setia kepada Muammar Gaddafi hari ini membedil menara sebuah masjid dengan peluru berpandu antipesawat udara dan senjata automatik selepas berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan masjid itu.

Ramai penunjuk perasaan yang berkhemah di dalam dan luar masjid itu terbunuh atau cedera dalam serangan ke atas bandar Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli, menurut seorang saksi yang tidak dapat menyatakan angka sebenar.

Tentera dan militia yang pro-Gaddafi bertindak balas dengan ganas apabila pemimpin veteran itu menyaksikan cengkamannya semakin longgar, selepas Zawiya dan bandar serta pekan lain yang dekat dengan ibu negara jatuh ke tangan pemberontak.

Setelah hampir seluruh bahagian timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan, mereka berikrar pula untuk 'membebaskan' Tripoli, di mana Gaddafi bertahan dengan pasukan militia meronda di jalan raya dan kereta kebal berkawal di pinggir ibu negara.

Saksi berkata, serangan ke atas masjid itu berlaku pada 9 pagi ini (3 petang waktu Malaysia), sehari selepas seorang pegawai Gaddafi bernama Abdullah Megrahi datang ke Zawiya dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya 'beredar atau mereka akan menyaksikan pembunuhan beramai-ramai'.

"Kami memberitahunya kami tidak akan berganjak, sama ada kami mati atau mencapai kemenangan," kata saksi itu.

Pihak berkuasa sebelum itu menggesa penunjuk perasaan menyerahkan senjata mereka dan menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat mengenai para pemimpin protes.

Sementara itu, Gaddafi semakin hilang penguasaan ke atas beberapa wilayah hari ini selepas kawasan yang terlepas daripada kawalannya semakin meluas di sebelah timur negara ini termasuk beberapa bandar berhampiran ibu negara Tripoli.

Terdapat empat lokasi strategik yang akan menjadi kunci penentu sama ada Gaddafi mampu terus bertahan atau sebaliknya iaitu ibu negara Tripoli, bandar padang pasir tempat kelahiran Gaddafi di Sirte di sebelah timur dan terminal minyak di Teluk Sirte di Ras Lanuf serta bandar Marsa el-Brega .

Bandar, Benghazi tempat bermula pemberontakan sejak lapan hari lalu telah jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.

''Kita tahu...Benghazi pada dasarnya telah mengisytiharkan merdeka daripada Tripoli,'' kata penaganalisis Peter Zeihan yang berpangkalan di Stratfor Amerika Syarikat.

Satu laporan dalam Facebook menyatakan berlaku pertempuran di Garyan kira-kira 100 kilometer di sebelah selatan Tripoli.

Wartawan asing melaporkan sukar untuk mendapatkan pengesahan apa yang sebenarnya sedang berlaku di Libya sekarang. - AP/Reuters

Sumber

HarI Ini Jumaat Pembersihan di MESIR

Jutaan rakyat Mesir Mmerancang untuk melanjutkan aksi protes mereka dengan membanjiri Tahrir Square untuk melakukan aksi demonstrasi yang mereka sebut sebagai "Jumaat pembersihan."

Para penunjuk perasaan telah merencanakan aksi pada hari Jumat ini (25/2), sebagaimana yang mereka katakan aksi ini berlanjut kerana tuntutan mereka belum dipenuhi, Associated Press melaporkan.

Mereka ingin dewan militer untuk segera menyerahkan kekuasaan kepada pemerintah awam, dan kabinet Perdana Menteri Ahmad Shafiq segera mengundurkan diri.

"Kami akan berbaris dalam aksi protes untuk menuntut pengunduran diri pemerintah Shafiq dan menghapuskan undang-undang darurat dan menuntut diadili Mubarak dan keluarganya," kata Muhammad Fahmi dari Gerakan Rakyat Nasional untuk Perubahan.

Mereka juga menyerukan pembebasan segera semua tahanan politik yang masih ada di penjara-penjara Mesir.

Kekhuatiran para demonstran adalah terkait Wakil Presiden Omar Suleiman - yang merupakan tangan kanan orang Presiden yang tergulingkan Hosni Mubarak - akan membuat keputusan pasca-revolusi untuk pemerintah. Laporan menunjukkan bahawa dia telah mendikte keputusan untuk dewan militer.

Setelah pembicaraan berlangsung minggu lalu, para aktivis menuduh Suleiman sebagai sumber perpecahan dan telah menolak untuk mengadakan perundingan lebih lanjut.

Suleiman menghilang dari mata umum setelah mantan Presiden Hosni Mubarak digulingkan bulan lalu. Dia adalah ketua perisikan Mesir selama dua dekad sebelum diangkat menjadi wakil presiden.(fq/prtv)

sumber

Anak Bongsu Ghaddafi Bersama Rakyat LIBYA

Plebagai laporan mengatakan bahawa Saif al-Arab, anak lelaki bongsu Gaddafi, yang diutus oleh ayahnya untuk bekerja sama dengan pasukan keselamatan Libya dalam penggerebekan besar-besaran terhadap rakyat pro-demokrasi, bergabung dengan para penunjuk perasaan pada hari Khamis, sambil mengisyaratkan bahawa ayahnya akan bunuh diri atau melarikan diri ke Amerika Latin.

Menurut laporan, Saif al-Arab mendapat dukungan dari pasukan tempur dan peralatan militer yang telah dikirim ke bahagian timur Libya.

Menurut laporan, sebanyak 1,000 rakyat Libya sejauh ini telah dibunuh oleh pasukan Gaddafi.

Sebanyak 130 tentera Libya telah dihukum mati pula kerana menolak untuk menembak rakyat.

Gaddafi, yang berkuasa 41 tahun yang lalu dalam kudeta militer tak berdarah, menyampaikan ucapan di televisyen pada hari Selasa di mana dia bersumpah untuk berperang sampai "tetes darah" terakhir dan menyerukan pendukungnya untuk turun ke jalan untuk menghadapi rakyat. (sa/presstv)

sumber

PALESTIN -18 Cedera dalam 3 Serangan Israel

Pesawat jet tempur dan helikopter Israel sekali lagi menyerang Jalur Gaza, melukai 15 orang awam, saksi mata dan sumber-sumber keamanan mengatakan.

Pesawat tempur F-16 dan helikopter Apache melakukan serangkaian serangan udara pada hari Khamis ini (24/2) di Jalur Gaza, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Belum ada butiran lanjut terkait kemungkinan adanya korban dan kerosakan harta yang disebabkan oleh serangan tersebut.

Sebelumnya pada hari Rabu lepas, lebih dari 13 warga Palestin, termasuk anak-anak, cedera dalam dua serangan terpisah Israel di Jalur Gaza, kata petugas medik.

Insiden itu terjadi selama serangan singkat oleh pasukan Israel ke wilayah timur Kota Gaza.(fq/prtv)

sumber

LIBYA - Kota ke-3 Jatuh ke Tangan Pembangkang

Khamis pagi, Tripoli ibukota Libya seperti kota hantu, kata seorang saksi. Sementara itu, kekuatan kelompok anti pemerintah menyatakan kemenangan di kota-kota lain, dan seperti dilaporkan mereka merebut kendali kota negara ketiga terbesar.

Misrata - juga disebagai Misurata - sekarang jatuh ketangan pihak pembangkang, menurut beberapa saksi dan laporan media. Beberapa orang saksi juga mengatakan bahawa kota Az Zintan berada di bawah penguasaan pembangkang.

Pihak pembangkang juga menguasai kota kedua terbesar, Benghazi, kota di mana banyak meluapkan kegembiraannya, dan banyak wartawan antarabangsa berkumpul dan singgah. Hanya sesekali terdengar bunyi tembakan, tetapi itu bunyi tembakan yang merayakan kemenangan.

"Ketika mereka melihat wartawan yang datang, mereka meledak dengan kegembiraan dan bersorak-sorai dan bertepuk tangan, orang-orang mengatakan" terima kasih, terima kasih "dalam bahasa Inggeris" kata CNN Ben Wedeman.

"Ini luar biasa. Seperti menyambut kaum keluarga yang pulang ke rumah atau kampung halaman mereka. Orang-orang yang putus asa, merasa mendapat perhatian dunia, dan mereka yang putus asa menyampaikan kisah-kisah mereka kepada wartawan," kata Wedeman, koresponden televisyen pertama Barat yang berjaya masuk Libya, saat krisis.

"Mereka tentu merasa sangat antusiasme, dan berusaha dengan segala kekuatan dan dedikasi untuk mempertahankan kota mereka," kata Wedeman. "Mereka tidak memiliki seperti yang dimiliki pasukan Gadhafi : "Kereta kebal, senjata anti pesawat udara, pesawat tempur, dan kapal perang", tambah Wademen.

Namun ibukota Tripoli, adalah cerita yang berbeza. Suara tembakan terus terdengar sepanjang hari, sejak Khamis, dan banyak cerita orang-orang melarikan diri. Pasukan keamanan Pemerintah memperketat cengkaman mereka di ibukota Libya,ujar seorang sumber. Tak seorang pun diizinkan keluar dan masuk Tripoli.

"Tidak ada orang berjalan di jalan, tidak ada yang mencuba untuk keluar, bahkan untuk melihat melalui jendela," ujar seorang warga yang tidak ingin disebut identitinya atas alasan keselamatan. "Ini sangat menakutkan."

Di bahagian lain, bahawa Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton akan pergi ke Geneva, hari Isnin untuk bergabung dengan Dewan HAM Internasional dalam sebuah pertemuan untuk mendiskusikan tentang resolusi yang diambil terhadap Libya.

Pentagon menawarkan "semua pilihan" kepada Presiden Barack Obama dalam menghadapi krisis Libya, ujar seorang pegawai tinggi militer AS, kepada CNN.

"Tugas kita adalah untuk memberikan pilihan dari sisi militer dan itu adalah apa yang kita fikirkan sekarang," kata pejabat itu, yang menolak untuk menyebut namanya, kerana situasinya sangat sensitif. "Kami akan memberikan pilihan kepada presiden yang harus diputuskan", ujar pegawai Petagon itu. (mh/cnn)

sumber

Thursday, February 24, 2011

NEW ZEALAND: Usaha menyelamat diteruskan



Pasukan menyelamat membantu seorang wanita yang berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan akibat gempa bumi di bandar raya Christchurch, semalam. – REUTERS


CHRISTCHURCH 23 Feb. – Pekerja penyelamat New Zealand hari ini meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan berpandukan suara tangisan serta bunyi ketukan, ketika angka korban akibat gempa bumi di negara ini meningkat kepada 75 orang.

Pasukan penyelamat juga terpaksa memotong tangan atau kaki sebahagian daripada 120 mangsa bagi mengeluarkan mereka yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, selepas gempa sekuat 6.3 pada skala Richter semalam meruntuhkan kebanyakan struktur bangunan di bandar kedua terbesar New Zealand ini.

Usaha mencari dan menyelamat turut dilakukan menggunakan tangan, bantuan anjing pengesan dan jentera berat ekoran masa yang semakin suntuk bagi mengeluarkan mangsa selepas 24 jam bencana itu berlaku.

Perdana Menteri, John Key turut mengisytiharkan perintah darurat di New Zealand ketika beratus-ratus tentera, polis dan pekerja penyelamat termasuk dari negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dikerah ke Christchurch.

Sebahagian daripada 350,000 penduduk bandar tersebut kini tinggal sehelai sepinggang dengan kebanyakan kawasan kini tidak mendapat bekalan air minum yang mencukupi serta bekalan elektrik dan talian telefon terputus.

Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, seramai 300 mangsa masih disenaraikan sebagai hilang, sementara pihak berkuasa kini telah mengecam 55 mayat dengan 20 yang lain masih belum dikenal pasti identiti mereka.

“Mayat bergelimpangan di jalan-jalan raya. Ada yang terperangkap di dalam kereta dan dihempap runtuhan bangunan,” kata komander polis, Russell Gibson kepada Radio New Zealand.

Pekerja penyelamat hari ini berjaya mengeluarkan 15 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan pejabat enam tingkat yang runtuh akibat gempa bumi semalam.

“Kami berjaya mengeluarkan mereka hidup-hidup dan kami akan mencari lebih ramai mangsa yang mungkin masih hidup,” kata jurucakap jabatan bomba kepada sebuah stesen radio.

Seorang lagi mangsa, Ann Bodkin juga berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan Pyne Gould Guinness, di sini, selepas terperangkap lebih 24 jam. – Agensi

Sumber

BAHRAIN bebas banduan politik



Penunjuk perasaan antikerajaan menjulang seorang tahanan yang diberi pengampunan oleh Raja Bahrain Hamad bin Isa al-Khalifa selepas dia dibebaskan dari tahanan di Dataran Mutiara, Manama, semalam. – REUTERS


MANAMA 23 Feb. – Bahrain hari ini membebaskan banduan dan tahanan politik termasuk 23 yang didakwa terlibat untuk menyingkirkan pemerintahan monarki pimpinan golongan Sunah di negara ini, kata seorang pemimpin pembangkang Syiah.

“Ini satu langkah yang bagus,” kata Ibrahim Mattar daripada parti utama Syiah, Wefaq kepada Reuters dengan menyatakan bahawa lebih 100 banduan telah dibebaskan sebelum subuh.

Tambahnya, mereka yang dibebaskan termasuklah 21 pesalah yang melakukan jenayah biasa.

Pembebasan tahanan politik merupakan tuntutan utama penunjuk perasaan yang mahukan pembaharuan politik di Bahrain, yang menyaksikan tujuh orang maut sementara beratus-ratus yang lain cedera dalam bantahan jalanan pada minggu lalu.

“Membenarkan orang ramai menjalankan protes dan membebaskan tahanan adalah satu langkah yang bagus.

“Pihak pembangkang kini menanti keluarga diraja menerima prinsip monarki Perlembagaan sebelum mereka ingin memulakan dialog,” kata Mattar.

Jelasnya, apa yang pembangkang perlukan kini adalah inisiatif kepada pembaharuan politik kerana sehingga kini Raja Bahrain, Hamad bin Issa al-Khalifa masih belum menjanjikan apa-apa. – REUTERS

Sumber

Majlis Keselamatan kutuk rejim LIBYA

NEW YORK 23 Feb. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengutuk tentera rejim Muammar Gaddafi melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan sehingga meragut beratus-ratus nyawa dan mendesak keganasan dihentikan segera.

Majlis dianggotai 15 negara itu turut mendesak tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap rakyat Libya.

Ia turut mengutuk penggunaan tentera terhadap penduduk awam dan menyuarakan kesal atas kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat yang mengadakan bantahan secara aman.

Sementara itu, negara-negara luar termasuk dari Asia hari ini bersedia membawa keluar lebih 100,000 rakyat mereka, kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar di kawasan-kawasan pembinaan yang kini terkandas di Libya.

Urusan membawa keluar semua pekerja itu menggunakan kapal, pesawat dan laluan darat ke Mesir sedang diusahakan oleh kerajaan-kerjaan terbabit ketika mereka berusaha menjamin keselamatan rakyat di negara ini di tengah-tengah keganasan yang semakin meningkat di negara ini serta sistem komunikasi yang terjejas.

Mereka merupakan buruh kasar dari Bangladesh (60,000), Filipina (30,000), Thailand (23,000) dan India (18,000).

China juga dilapor bersedia membawa pulang kira-kira 30,000 rakyatnya yang kebanyakannya bekerja sebagai jurutera dalam projek pelaburan minyak, jalan kereta api dan sektor telekomunikasi. - AFP

Sumber

LIBYA: Gaddafi semakin terdesak



Imej daripada stesen televisyen Libya merakamkan aksi Gaddafi semasa berucap ke seluruh negara di Tripoli, kelmarin. Gaddafi memberi amaran akan memburu musuhnya hingga ke titisan darah terakhir. - AP


TRIPOLI 23 Feb. - Pemimpin veteran Libya semakin terdesak apabila beliau mengerahkan pasukan tentera termasuk menggunakan senjata berat, kereta kebal dan jet pejuang selain askar upahan untuk mematahkan pemberontakan di negaranya.

Selain itu, beliau turut menerima tekanan di peringkat antarabangsa termasuk daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah (UE) dan negara-negara lain yang mengecam tindakan kekerasan yang diambil rejimnya untuk mematahkan tunjuk perasaan rakyat Libya yang masuk seminggu hari ini.

Setakat ini, hampir 300 orang terkorban dalam tunjuk perasaan 'Revolusi 17 Februari' yang dilancarkan oleh penduduk Libya bagi mendesak Gaddafi meletakkan jawatan setelah 41 tahun memerintah negara ini.

Gaddafi turut menerima tekanan apabila Menteri Dalam Negeri Libya, Abdel Fatah Yunes mengumumkan peletakan jawatan dan meminta angkatan bersenjata Libya menyokong pemberontakan serta Duta Libya ke Indonesia, Singapura dan Brunei, Salaheddin M. El Bishari turut mengambil tindakan serupa.

Timbalan Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ibrahim Dubbashi semalam berkata, beliau dimaklumkan bahawa penghapusan bangsa bermula di wilayah tersebut.

Saksi pula mendakwa rejim Gaddafi menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dan jet pejuang bagi mematahkan tunjuk perasaan.

Di timur Libya, pasukan tentera yang berpangkalan di wilayah itu mengumumkan berpaling tadah daripada Gaddafi dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan.

Di Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, penunjuk perasaan menyatakan bahawa mereka sudah menguasai pangkalan tentera di bandar itu juga mendakwa mereka sudah menguasai hospital di bandar itu.

Penunjuk perasaan turut mendakwa mereka sudah menguasai beberapa bandar di negara ini dengan bandar Misrata di barat Libya menjadi bandar pertama jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan setelah berlaku pertempuran antara tentera dan penyokong Gaddafi dengan penunjuk perasaan antikerajaan sejak 18 Februari lalu.

Menteri Luar Itali, Franco Frattini berkata, kira-kira 1,000 terbunuh sejak pemberontakan meletus di Libya seminggu lalu.

Di Tokyo beratus-ratus penduduk Libya menyerbu Kedutaan Libya di Tokyo.

Gaddafi muncul di televisyen semalam memberi amaran akan memburu 'musuh rejimnya' dengan mengeledah 'dari rumah ke rumah' dan memburu mereka hingga le lubang cacing. 'di setiap inci' bumi Libya. - Agensi

Sumber

Al-Qaeda Tubuh Negara di Timur LIBYA?

Wakil menteri luar negeri Libya mengatakan kepada duta besar Kesatuan Eropah di Tripoli bahawa jaringan al-Qaidah telah mendirikan sebuah negara Islam di Derna, di Libya bahagian timur, yang dipimpin oleh seorang mantan tahanan AS di Teluk Guantanamo Bay.

Namun, warga di kota itu telah mengatakan kepada wartawan tidak ada substansi yang mendasar dari khabar-khabar angin ini, yang mereka dakwa pemerintah Libya sengaja menabur khabar angin untuk "menakut-nakut Eropah."

"Al-Qaidah telah membentuk sebuah emirat Islam di Derna dipimpin oleh Abdulkarim al-Hasadi, seorang mantan tahanan Guantanamo," kata Khalid Khaim.

"Mereka memiliki stesenn radio FM dan telah mulai memaksakan pengggunaan burqa" dan mengeksekusi orang-orang yang menolak untuk bekerja sama dengan mereka."

Khaim mengatakan Hasadi adalah seorang leftenan, juga seorang anggota al-Qaidah dan bernama Khairallah Baraassi di al-Baida.

Derna adalah ibu kota provinsi dengan nama yang sama di wilayah Cyrenaica, sekitar 1.250 kilometer sebelah timur ibukota Libya Tripoli. Al-Baida terletak sekitar 100 kilometer barat Derna.

Sebelumnya, Menteri Luar Negeri Italia Franco Frattini Francesco mengatakan pemimpin Libya Gaddafi telah kehilangan kendali atas Cyrenaica dan menyatakan sebuah negara Islam telah dinyatakan berdiri di sana.

Berbicara pada pertemuan di Roma yang diselenggarakan oleh Komuniti Sant'Egidio, sebuah organisasi Kristian, Frattini mengatakan dalam pernyataan terbarunya bahawa di Cyrenaica sekarang telah menjadi negara Islam.

"Ini merupakan pengembangan yang mengkhuaatirkan jika Islam radikal hanya beberapa ratus kilometer jauhnya dari pintu depan Kesatuan Eropah, namun tidak ada yang dapat membenarkan adanya tindakan kekerasan terhadap kematian ratusan warga awam tak berdosa," tambahnya. (fq/aby)

sumber

Al-Katatni Ketuai Parti yg Diasaskan Ikhwan

Muhammad al-Katatni, mantan ketua blok parlimen Ikhwan (2005-2010), telah dipilih untuk mengepalai Parti Kebebasan dan Keadilan," kata Mursyid 'Aam Ikhwan Muhammad Badie dalam sebuah pernyataan singkat yang disiarkan di laman rasmi kelompok itu pada hari Rabu lepas (23/2).

Al-Katatni, anggota majlis Syura Ikhwan, juga telah diamanatkan oleh Ikhwan untuk penanganan semua prosedur undang-undang dan administratif yang terkait dengan pendirikan parai baru, pernyataan itu menjelaskan.

Parti ini tidak dimaksudkan untuk menggantikan jamaah Ikhwan, kata anggota kelompok dan perwakilan anggota Dewan Syura Jamal Hisymat pada hari Selasa lalu.

Hisymat menunjukkan bahawa Ikhwan memiliki banyak kader di berbagai daerah Mesir yang akan segera dipilih untuk menduduki posisi dalam parti baru ini.

Menurut Badie, keanggotaan dalam Parti Kebebasan dan Keadilan akan terbuka untuk semua orang Mesir yang menerima program parti dan arah tindakan parti.(fq/almasryalyoum)

sumber

Wednesday, February 23, 2011

Ahmadiah Qadian & Lahore Sama-sama Sesat

Mirza Ghulam Ahmad

JAI (Jemaat Ahmadiyah —Qadyan— Indonesia) dan GAI (Gerakan Ahmadiyah —Lahore— Indonesia); mereka sama-sama mengimani Tadzkirah (kitab suci Ahmadiyah, yang disebut kumpulan wahyu muqoddas —suci— yang diyakini sebagai wahyu dari Allah kepada Mirza Ghulam Ahmad).

Padahal inti kesesatannya yang sampai mereka dihukum sebagai kafir, kerana Mirza Ghulam Ahmad mengaku nabi dan rasul yang mendapatkan wahyu kemudian dikumpulkan dalam bentuk kumpulan wahyu yang dinamai Tadzkirah itu.

Segala kesesatan sampai Mirza Ghulam Ahmad mengaku nabi dan Rasul, bahkan mengaku kedudukannya sebagai anak Allah, atau bahkan MGA itu dari Allah, dan Allah itu dari MGA; semuanya ada di Tadzkirah, dan diyakini oleh Ahmadiyah Qadyan maupun Lahore. Itu adalah kemusyrikan yang nyata.

Ahmadiyah Lahore tidak mahu menerima pemahaman bahwa kekhalifahan hanya dipegang oleh anak cucu Mirza Ghulam Ahmad. Maka sejak matinya Nuruddin Bairawi, Ahmadiyah pecah jadi dua, Qadyan dan Lahore. Basyiruddin memimpin JA (Jemaat Ahmadiyah) Qadyan sebagai Khalifah yang kedua menggantikan Nuruddin, sedang Muhammad Ali memimpin AL (Ahmadiyah Lahore).

Dari Basyiruddin dan selanjutnya seakan kekhalifahannya itu adalah kerajaan. Itulah perbezaannya antara Ahmadiyah Qadyan dan Lahore. Sebenarnya sama, hanya beza hal-hal yang seperti tersebut.

Keputusan Muktamar II Mujamma’ al-Fiqh al-Islami (Akademi Fiqih Islam) di Jeddah, Desember 1985 M tentang Aliran Qadiyaniyah, antara lain menyatakan bahawa aliran Ahmadiyah yang mempercayai Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi sesudah Nabi Muhammad SAW dan menerima wahyu adalah murtad dan keluar dari Islam kerana mengingkari ajaran Islam yang qath'i dan disepakati oleh seluruh ulama Islam bahawa Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir.Teks Keputusan tersebut adalah sebagai berikut:

إِنَّ مَاادَّعَاهُ مِيرْزَا غُلاَم أَحْمَد مِنَ النُّبُوَّةِ وّالرِّسَالَةِ وَنُزُوْلِ الْوَحْيِ عَلَيْهِ إِنْكَارٌ صَرِيْحٌ لِمَا ثَبَتَ مِنَ الدِّيْنِ بِالضَّرُوْرَةِ ثُبُوْتًا قَطْعِيًّا يَقِيْنِيًّا مِنْ خَتْمِ الرِّسَالَةِ وَالنُّبُوَّةِ بِسَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، وَأَنَّهُ لاَيَنْزِلُ وَحْيٌ عَلَى أَحَدٍ بَعْدَهُ، وَهذِهِ الدَّعْوَى مِنْ مِيرْزَا غُلاَم أَحْمَدَ تَجْعَلُهُ وَسَائِرَ مَنْ يُوَافِقُوْنَهُ عَلَيْهَا مُرْتَدِّيْنَ خَارِجِيْنَ عَنِ اْلإِسْلاَمِ، وَأَمَّا الَّلاهُوْرِيَّةُ فَإِنَّهُمْ كَالْقَادِيَانِيَّةِ فِي الْحُكْمِ عَلَيْهِمْ بِالرِّدَّةِ، بِالرَّغْمِ مِنْ وَصْفِهِمْ مِيرْزَا غُلاَم أَحْمَدَ بِأَنَّهُ ظِلٌّ وِبُرُوْزٌ لِنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ.

"Sesungguhnya apa yang didakwa Mirza Ghulam Ahmad tentang kenabian dirinya, tentang risalah yang diembannya dan tentang turunnya wahyu kepada dirinya adalah sebuah pengingkaran yang tegas terhadap ajaran agama yang sudah diketahui kebenarannya secara qath'i (pasti) dan meyakinkan dalam ajaran Islam, iaitu bahwa Muhammad Rasulullah adalah Nabi dan Rasul terakhir dan tidak akan ada lagi wahyu yang akan diturunkan kepada seorangpun setelah itu. Keyakinan seperti yang diajarkan Mirza Ghulam Ahmad tersebut membuat dia sendiri dan pegikutnya menjadi murtad, keluar dari agama Islam. Aliran Qadyaniyah dan Aliran Lahoriyah adalah sama, meskipun aliran yang disebut terakhir (Lahoriyah) meyakini bahwa Mirza Ghulam Ahmad hanyalah sebagai bayang-bayang dan perpanjangan dari Nabi Muhammad SAW". (Keputusan Mujamma’ al-Fiqh al-Islami —Akademi Fiqih Islam— Organisasi Konferensi Islam (OKI) Nomor 4 (4/2) dalam Muktamar II di Jeddah, Arab Saudi, pada tanggal 10-16 Rabi' al-Tsani 1406 H / 22-28 Desember 1985 M).

Beza Ahmadiyah Qadyan, Ahmadiyah Lahore, dan Islam

Menurut penelitian M Amin Djamaluddin ketua LPPI (Lembaga Penelitian dan Pengkajian Islam mengenai Ahmadiyah di Indonesia sebagai berikut:

Dari segi keorganisasian, Jemaat Ahmadiyah Indonesia memiliki dua kelompok yang berbeza dengan keyakinan (aqidah) yang berbeza pula. Pertama, Jemaat Ahmadiyah Indonesia, kelompok ini biasa disebut dengan Ahmadiyah Qadiyan. Kedua, Gerakan Ahmadiyah Indonesia, biasa disebut Ahmadiyah Lahore.

Jemaat Ahmadiyah Indonesia (Ahmadiyah Qadiyan)
Kelompok Jemaat ini memiliki keyakinan bahwa:

  1. Mirza Ghulam Ahmad a.s itu seorang nabi dan rasul.
  2. Mirza Ghulam Ahmad a.s menerima wahyu.
  3. Wahyu-wahyu tersebut diturunkan kepada Nabi Mirza Ghulam Ahmad di India.
  4. Menurut buku putih mereka, wahyu-wahyu tersebut ditulis Nabi Mirza dan terpencar dalam de\\lapan puluh enam buku (Buku Putih, Kami Orang Islam, PB JAI, 1983, hal. 140-141).
  5. Wahyu-wahyu yang terpencar itu kemudian dikumpulkan menjadi sebuah buku bernama: Tadzkirah ya’ni wahyul muqoddas (Tadzkirah adalah: kumpulan wahyu-wahyu suci/sebuah kitab suci yaitu kitab suci Tadzkirah).
  6. Mereka mempunyai kapling kuburan syurga di Qadiyan (tempat kuburan nabi Mirza). Kelompok ini menjual sertifikat kuburan surga tersebut kepada jama’ahnya dengan mengenakan harga yang sangat mahal. (salinan sertifikat kuburan syurga di Rabwah, dari buku Ahmad Hariadi, Mengapa Saya Keluar dari Ahmadiyah Qadiyani, Rabithah Alam Islami, Makkah Mukarramah, 1408H/1988M, hal, 64-65).
  7. Qadiyan dan Rabwah bagi mereka adalah sebagai tempat suci.

Gerakan Ahmadiyah Indonesia (Ahmadiyah Lahore)
Kelompok Jemaat ini memiliki keyakinan bahwa:

  1. Mirza Ghulam Ahmad a.s itu seorang mujaddid (pembaharu) Islam.
  2. Mirza Ghulam Ahmad a.s muhaddats (orang yang berbicara dengan Allah secara langsung).
  3. Mirza Ghulam Ahmad a.s menerima wahyu. Adapun wahyu yang diterima Mirza merupakan potongan-potongan dari ayat Al Qur’an. Penurunan ayat yang sepotong-sepotong itu bukan bererti membajak ayat Al Qur’an. Menurut keyakinan mereka “Itu bukan urusan Mirza Ghulam Ahmad, tetapi urusan Allah”. (PB GAI, Agustus 2002, hal. 13).
  4. Seluruh wahyu-wahyu yang diterima Mirza Ghulam Ahmad itu adalah betul-betul wahyu yang datang dari Allah SWT.

Ahmadiyah berbzda jauh dengan Islam

Islam sebagai agama satu-satunya yang diridhoi-Nya, bukan pendapat manusia, tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang mengatakannya.

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. (QS. Ali ‘Imran [3] : 19).

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ(85)

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS Ali ‘Imran [3] : 85).

Nabi Muhammad SAW menjelaskan secara gambling:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ « وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لاَ يَسْمَعُ بِى أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ يَهُودِىٌّ وَلاَ نَصْرَانِىٌّ ثُمَّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِى أُرْسِلْتُ بِهِ إِلاَّ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ».

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Rasulullah saw bahwa beliau bersabda: “Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, tidaklah seseorang dari Ummat ini yang mendengar (agama)ku, baik dia itu seorang Yahudi maupun Nasrani, kemudian dia mati dan belum beriman dengan apa yang aku diutus dengannya, kecuali dia termasuk penghuni neraka.” (Hadits Riwayat Muslim bab Wujubul Iimaan birisaalati nabiyyinaa saw ilaa jamii’in naasi wa naskhul milal bimillatihi, wajibnya beriman kepada risalah nabi kita saw bagi seluruh manusia dan penghapusan agama-agama dengan agama beliau).

Dalam penerapan agama itu maka tidak ada pilihan lain lagi, apabila Allah dan rasul-Nya telah menentukan sesuatu.

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (QS. Al-Ahzaab [33] : 36)

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An-Nuur [24] : 51)

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلكِنْ رَّسُوْلَ اللهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّيْنَ، وَكَانَ اللهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمًا

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi; dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu” (QS. Al-Ahzab [33]: 40)

وَأَنَّ هذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلاَ تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ، ذلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

“Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa” (QS. Al-An’am [6] : 153)

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ … (المائدة : 105)

“Hai orang-orang yang beriman! Jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi madharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk…” (QS. al-Ma’idah [5] : 105)

Hadits Nabi shallallahu ‘alahi wasallam.; a.l.:

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، لاَنَبِيَّ بَعْدِيْ (رواه البخاري(

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada nabi sesudahku.” (HR. Bukhari).

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرِّسَالَةَ وَالنُّبُوَّةَ قَدِ انْقَطَعَتْ، فَلاَ رَسُوْلَ بَعْدِيْ وَلاَ نَبِيَّ

Rasulullah SAW bersabda: “Kerasulan dan kenabian telah terputus; karena itu, tidak ada rasul maupun nabi sesudahku” (HR. Tirmidzi)

Mengenai berbagai betapa sesatnya Ahmadiyah dan adanya kelompok-kelompok yang mengaku Islam namun justru membela aliran sesat Ahmadiyah dapat dibaca di buku Kyai kok Bergelimang Kemusyrikan, karya Hartono Ahmad Jaiz dkk, Pustaka Nahi Munkar, Jakarta-Surabaya, 2008, atau cetakan edisi lux yang terbit di Saudi Arabia dan beredar di berbagai kota di sana.

Di antara kesesatan Ahmadiyah selain meyakini Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi adalah memalsu dan memelesetkan ayat. Contohnya, Ahmadiyah memelesetkan ayat tabbat yadaa abi lahab. Lanjutannya bukan maa aghnaa ‘anhu maaluhuu wamaa kasab, tetapi maa kaana lahuu an yadkhula fiihaa illaa khaaifaa (Dia tidak masuk ke dalamnya —neraka— kecuali dengan rasa takut).

Masih banyak ayat-ayat yang dipalsukan, dijelaskan dalam buku itu, di samping aliran-aliran sesat lainnya dengan aneka penyesatannya pula.

Seakan buku itu sebagai lanjutan dari buku Aliran dan Paham Sesat di Indonesia yang membincang berbagai corak aliran sesat.

Hartono Ahmad Jaiz, penulis buku Nabi-nabi Palsu dan Para Penyesat Umat


sumber

Ghaddafi yang Pelik

Selain unik dalam penampilan dan wacana, pria flamboyan satu ini yang sering dikawal oleh para wanita bersenjata lengkap, ternyata juga peduli terhadap Islam - meskipun kehidupan sehari-harinya sendiri jauh dari nilai-nilai Islam.

Gaddafi layaknya seorang bunglon, dia boleh berganti-ganti rupa dalam menghadapi berbagai situasi. Di depan para penguasa Afrika, ia bergaya bak pemimpin besar negara-negara Afrika dengan menyerukan berdirinya USA (Unites States of Afrika) yang tentunya dia sendiri akan menjadi pemimpinnya. Di depan negara-negara berhaluan sosialis, Gaddafi dengan manisnya boleh 'berbaur' dengan kalangan sosialis tersebut, sehingga para pemimpin sosialis negara Amerika Latin sangat respek dengan Gaddafi kerana ideanya dalam melawan hegemoni AS.

Dan yang tidak boleh dilupakan, bagaimana Gaddafi boleh berpenampilan sebagai sosok pemimpin yang soleh, meski tangannya berlumuran darah umat Islam. Tidak sedikit aktivis Islam yang dibunuhi mahupun ditangkap oleh Gaddafi selama era kepemimpinannya. Jadi tidaklah menghairankan jika saat ini, ketika dirinya didemo oleh rakyatnya sendiri menuntut pengunduran dirinya, ia tanpa perasaan boleh dan berani membunuh ratusan rakyatnya.

Lazimnya para penguasa thoghut yang mengaku Muslim, Gaddafi juga tidak ketinggalan untuk tampil serta berperanan dalam hal memajukan keIslaman. Belum hilang dari ingatan kita, bagaimana Gaddafi melakukan ritual dakwah yang tidak lazim sewaktu melakukan kunjungan ke Itali beberapa waktu yang lalu.

Dengan menyewa biro jasa iklan, Gaddafi membuat iklan undangan untuk 500 wanita muda Itali yang berpenampilan menarik untuk datang dalam acara 'pesta' yang ia adakan disebuah villa yang ada di kota Roma.

Sekitar 200 wanita Itali akhirnya ada yang memenuhi undangan pemimpin Libya tersebut, kerana mereka telah diberitahu bahwa mereka akan menerima uang sekitar € 60 (90 dollar) dan "beberapa cendera mata dari Libya." Namun apa yang terjadi dalam acara "pesta" tersebut? Gaddafi berceramah kepada para wanita Italia itu tentang Islam dan kedudukan wanita dalam Islam serta tidak ketinggalan memberi 'cendera mata' berupa Alquran kepada para wanita yang telah berhasil ia kibulin untuk hadir dalam acara "pestanya".

Konon Gaddafi juga berhasil mengIslamkan banyak suku yang ada di Afrika, selain berhasil mengIslamkan seorang wanita yang sempat hadir dalam acara "pestanya" di Rom Itali beberapa waktu lalu.

Untuk 'berdakwah' ke luar negeri, Gaddafi membentuk lembaga World Islamic Call Society yang beranggotakan lebih dari 250 organisasi Islam dari seluruh dunia. Menariknya, lembaga ini program-programnya sangat Islami, mulai pembinaan kepada para pemuda, mewujudkan para penghafal Al-Quran, mengadakan buka puasa di seluruh dunia Islam hingga memberikan bantuan ke pihak-pihak yang memerlukannya.

Dan yang tak kalah penting lagi Gaddafi melalui lembaga keislaman yang ia dirikan, membangun banyak masjid di seluruh dunia, yang konon masjid-masjid tersebut bernama seperti nama dirinya, Muammar Gaddafi. Salah satu masjid yang didirikan atas bantuan dana darinya adalah Masjid "Muammar Khadafi" Sentul di komplek perumahan Islam Az Zikra milik da'i kondang Ustaz Arifin Ilham.

Belum ada khabar jika nantinya Gaddafi berhasil digulingkan oleh rakyatnya sendiri, apakah masjid-masjid yang memakai namanya itu akan tetap terpampang di depan masjid atau akan diganti dengan nama lain, seperti revolusi rakyat Mesir yang berhasil menggulingkan Mubarak dan setelah Mubarak turun, semua atribut baik bangunan, hospital yang bernama Mubarak diganti semuanya dengan nama lain.

Bahkan sebuah buku yang dikarang oleh ulama mujahid Syaikh Abdurrahman Hasan yang berjudul 'Qaddafy Musailamah al Ashr : Qaddafy, Musailamah Modern" dengan pengantar dari Syeikh Mujahid Abu Mundzir As Saidy Amir Jama'ah Jihadyah Libya, dengan jelas menyebut kesesatan-kesesatan Gaddafi. (Bisa dilihat terjemahannya di sini)

Yang jelas dunia telah menyaksikan kekejian terang-terangan yang dilakukan oleh Gaddafi dalam menghadapi demonstrasi rakyatnya sendiri. Tercatat ratusan nyawa telah terbunuh ditembak oleh pasukan keamanan Gaddafi yang sebagiannya menggunakan jasa pasukan keamanan 'swasta', bahkan pesawat tempur pun Gaddafi gunakan untuk membungkam aksi rakyatnya. Bisakah Gaddafi dicap sebagai pemimpin Islam setelah semua ini? (fq)

sumber

Pelatih PLKN Meninggal Wantu Solat

Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, dekat Kuala Lumpur, rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam.

Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.

"Semakan rekod perubatan mendapati Allahyarham tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan telah disahkan oleh pegawai perubatan. Semasa dalam kem dia sentiasa cergas dan mengikuti semua aktiviti latihan," kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata rekod menunjukkan Allahyarham pernah menerima rawatan sekali sahaja akibat batuk.

Jenazah Syed Abdul Rahman telah selamat diterbangkan ke Kuching petang tadi, kata kenyataan itu.

Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui.

- Bernama

sumber

Bekas Pegawai MESIR Larikan Jongkong Emas

Muhammad Mahsub, sekretari jenderal dari "Front rakyat Mesir untuk Klaim Kekayaan rakyat," mengatakan bahawa kelompoknya memiliki dokumen-dokumen yang membuktikan beberapa mantan pegawai Mesir telah mengalihkan sejumlah besar wang ke bank asing, di mana mereka juga menyimpan sejumlah besar jongkong emas dan platinum.

"Kami merancang untuk mengirimkan dokumen-dokumen tersebut ke pengacara umum dan perdana menteri," kata Mahsub menegaskan.

Dia juga mengatakan bahawa salah satu bekas pegawai Mesir telah mengalihkan sekitar 620 juta dolar dari Barclay's Bank di Britain ke UBS Bank di Swiss.

Dia juga mengatakan bahawa jaksa agung telah meminta kementerian luar negeri Mesir untuk memantau rekening bank asing milik presiden yang digulingkan Hosni Mubarak dan seluruh anggota keluarganya.

Mahsub juga meminta warga Mesir untuk mengirimkan informasi tambahan kepada mereka dengan mengunjungi website, www.elgrpw.org .

"Kami telah menerima panggilan dari beberapa lembaga keuangan yang memberitahu kami tentang adanya perpindahan wang yang besar," katanya.

"Tapi kerana kami bukan badan formal, kami hanya dapat menyampaikan informasi ini kepada pihak berkuasa." (fq/almasryalyoum)

Ikhwan JORDAN Bersumpah Terus Berjuang

Ikhwanul Muslimin Jordan bersumpah untuk melanjutkan tunjuk perasaan menentang pemerintah, mengatakan Selasa (22/2) bahawa pemerintah ternyata tidak menepati janji reformasi mereka dengan cepat.

Pernyataan Ikhwan tersebut menambah tekanan kepada Raja Jordan Abdullah II untuk menyerahkan sebagian dari kekuasaannya, namun tekanan tersebut tidak dianggap sebagai ancaman bagi pemerintahanan Raja Abdullah. Sebelumnya para tokoh pembangkang telah menyerukan kepada raja untuk menyerahkan kekuasaan untuk mengangkat Kabinet baru dan membubarkan parlimen.


sumber

Siswa Berang - Kemenangan Pro-M Dibatalkan

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

NONEMenurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

NONEPelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.

"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.
sumber

400 Maut di LIBYA, Ghaddafi Belum Mengalah

Dibandingkan presiden Tunisia, Mesir atau Yaman, kekuasaan Muammar Gaddafi di Libya jauh lebih panjang. Gaddafi berkuasa sejak dia berhasil melakukan kudeta di Libya pada tahun 1969 hingga hari ini.

Gaddafi belum menunjukkan tanda-tanda untuk "mengalah" pada tuntutan rakyatnya, meski korban sudah berjatuhan. Penguasa Libya yang "nyentrik" itu tidak segan-segan mengerahkan pasukan militernya untuk meredam aksi protes. Bahkan, ia khabarnya memerintahkan para juruterbang pesawat tempurnya untuk menembaki penunjuk perasaan antipemerintah.

Jumlah korban maut dalam ketegangan politik di Libya sudah mencapai 400 orang dan ribuan pengunjuk rasa lainnya mengalami kecederaan. Gaddafi pun mulai kehilangan dukungan dari dalam pemerintahannya sendiri. Duta Besar Libya di Malaysia, mengutuk tindakan represif pasukan Gaddafi dan menyebutnya sebagai pembantaian terhadap Libya. Sementara Dubes Libya di India, dilaporkan mengundurkan diri setelah mendengar Gaddafi mengerahkan pesawat tempur untuk menembak para demonstran.

sumber

Tuesday, February 22, 2011

NEW ZEALAND - Christchurch Seperti Zon perang

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Seperti zon perang. Itulah gambaran yang diberi pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.3 melanda wilyah itu hari ini.

"Keadaan seperti kena bom dan seolah-olah berada di zon perang. Saya tercampak beberapa meter dari tempat bekerja hingga menyebabkan kaki saya lebam teruk serta kasut koyak,” kata Abdullah Mohd Nawi ketika dihubungi Bernama.

Pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Canterbury itu berkata, beliau sempat berlindung di bawah meja bagi mengelakkan dihempap oleh benda yang jatuh.

"Sebaik keluar dari bangunan itu, saya agak hilang arah dan tidak tahu hendak ke mana, rasa takut jangan cakaplah apatah lagi apabila melihat keadaan sekeliling orang berlari-lari untuk selamatkan diri serta bunyi siren bomba, polis dan ambulans,” katanya. - Bernama

sumber